Khamis, 2 Ogos 2012

- 2 OGOS .... -

.....PeRaNtAuAn…..

1 Ogos 2010 Pertama kali aku menjejakkan kaki aku
di Ibu Kota Kuala Lumpur..
2 Ogos 2010 hari isnin, first aku ke Putrajaya untuk lapor diri..
Untuk berkhidmat dibawah Kerajaan…
Hari ini 2 Ogos 2012.. Genap 2 Tahun aku berada di perantauan..

Keadaan hidup dibandar berbeza sekali dengan keadaan di kampung..
Seperti yang selalu.. dimerungutkan oleh orang-orang
yang datang dan bekerja di Ibu Kota…
Semua benda mahal-mahal…

Datang ke Bandar.. hidup orang banyak di atas jalan raya..
Bagun pagi selepas subuh.. ada yang sudah bergerak ketempat kerja..
Balik kerja, selepas Magrib baru sampai rumah..
Itu semua bagi mereka yang bekrja jauh dari rumah..
Sampai rumah badan dah penat.. dalam kepala cuma ingat nak berehat…

Nasib aku lebih baik sedikit ditempatkan kerja di Putrajaya..
Penginapan aku dan tempat kerja tidaklah jauh..
Tapi yang menjadi masalahnya KESUNYIAN yang aku rasakan berada disini..

Tak seperti dikampung..
Sedikitpun aku tidak ada rasa keseronokan dan kegembiraan..
Kekadang aku tidak tahu, apa tujuan aku datang ke sini..
Kerana kegembiraan itu tidak ada..
Walaupun orang kata ‘sedaplah dia dapat kerja kerajaan’..
Tapi semua perasaan gembira.. sedap seperti mana orang duk kata
tidak dapat aku rasakan…

Datang kerja dapat gaji..tak adalah sebanyak mana pun yang dapat..
Just aku hanya kerani biasa jee..
Nak menyimpan duit pun tak boleh..
Semua barang mahal-mahal.. dicampur pulak kos untuk
aku pulang ke kampung pada hari minggu..
emmm.. kerja jauh-jauh pun sama macam kerja kat kampung je pendapatan..
Bilalah aku dapat bertukar balik ke KB…
Sudah banyak kali aku memohon pertukaran balik ke KB..
Sekarang dah genap 2 tahun aku disini..
Dah lah berjauhan dengan suami..
Sungguh perit aku rasa..
Teringin juga untuk merasa hidup bekeluarga…

Memanglah aku sudah bekeluarga sekarang..
Tapi disebabkan jarak jauh..
Hanya pada hari minggu dan kami gilir-gilir untuk berjumpa..
Bila suami aku datang sini.. cukup 2 minggu.. aku pulak yang balik ke KB..
Terasa jauh pulak dari semua itu…
Pada hujun minggu atau kat offis..
Biala duk mendegar orang duk becerita pasal famly..
Hari minggu planig nak jalan-jalan..
Jealous pulak aku dengar…

Apa pun aku harapkan..
Hidup aku selepas ini lebih sempurna..
Seperti mana yang aku impikan..
Inginkan sebuah keluarga yang sempurna..
Dan yang penting dekat disisi..
Semoga aku cepat-cepat dapat bertukar balik ke KB..