Okay, taknak cakap panjang.. kalau korang nak
tahu brapa haribulan korang lahir di dalam bulan Islam / Hijrah, korang boleh
terus ke link ini:-
Selamat mencuba!!
Hijri Date Converter Today's Date: Tuesday, 10/16/112 |
|||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
Day of the Week: |
PERILAKU
BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM…HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan,
menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai
pengaruhyang tersendiri terhadap perilaku.
Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan.
MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya.
Mungkin
akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna,
walaupun
begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran
yang pintar cerdas ada padanya.
Dia
mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya
perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya
akan menjadi susah di kemudian hari.
Walaupun
begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya,
selalunya
ianya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar,
menjadi
orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga.
Dalam
pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar,
hatinya keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap.
Fikiran
dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya,
kasar
wataknya, mudah mengangkat tangannya.
Kehidupannya
menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu.
Ibubapa
menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi.
Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya.
Walaupun
begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya,
yang
menemui kegagalan juga.
JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai
kepandaian ada padanya.
Apabila
dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya,
tapi
bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah.
Semasa
kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar
terserlah
sifat-sifatnya yang baik itu,
kerana
jika betul didikannya,masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal.
lbu
bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat
menerapkan
nilai-nilai yang baik.
Ketika
sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri
dan
bersikap tidak tahu menahu.
Ini
agak berlainan dari sikapnya semasa kecil.
Walaubagaimanapun
hidupnya selamat dan sentosa.
SYA’ABAN
SYA’ABAN
Perwatakannya baik.
Hidupnya
selamat dan rezekinya tidak putus-putus.
Sewaktu
kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya
baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya.
Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.
RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri.
Dia
tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya.
Dia
tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras.
Dia
tidak suka dikalahkan oleh orang lain.
Hal ini
membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
dengan
betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika
tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya,
dan dia
selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam.
Banyak
perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk.
Dia
banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat
hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi
oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru.
Dia
seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk
mendapat
hasil yang yang memuaskan.
ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula.
Dia
sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri.
Dia
sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan
atau
sebaliknya. oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,
dia
sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya.
Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan
...P/S: Ajal Maut
Semua Dari Allah S.W.T. Percayalah pada kadar dan qadar Allah...