Khamis, 14 Jun 2012

...Petua Mudah Mendapat Zuriat...


Susu Kambing + Kurma

Memandangkan aku ditakdirkan lambat memperolehi cahaya mata..
 Memang aku tak sabar untuk ada anak...
Kerana kata orang tua-tua, anak ni pembawa rezeki
dan kebahagiaan dalam rumahtangga..
Sudah banyak benda dan cara aku ikhtiar
 dan cuba untuk memperolehi zuriat ini…..
Sehingga lah ada seorang rakan sekerja aku ni..
Dia pun senasib macam aku.. lambat sikit rezeki
nak menimbang cahaya mata ni…
Kawan aku pun telah mencuba petua ini.. dan hasilnya positif..

 Katanya ada petua untuk dipermudahkan mendapat anak..
Petua ni suami dia dapat daripada seorang ustaz…
Mungkin berkat kurnia dia guna petua ustaz tu kot, baru melekat...
Dan mungkin berkat usaha dan doa selama ini..
Akhirnya Allah memakbulkan usaha dia selama ini..
Tak salah kalau kita berusaha dan mencuba..
Lagipun benda ni bukan memudaratkan kesihata tubuh badan pun….

Nak tau apa petua yang ustaz tu bagi....

…… “Dengan meminum segelas susu kambing beserta segenggam kurma..
Kurma tu di'blend' bersama - sama segelas susu kambing
dan diselawat 3 kali sebelum di minum.
Niatlah dalam hati supaya dipermudahkan urusan
mendapat anak daripada Allah S.W.T.”…….


 Ustaz tu kata pada kawan aku ni..,
sekali minum sudah mencukupi.
Selebihnya perlulah berusaha dan berdoa kepada Allah..
Tapi tak salah kan kalau kita mencuba…
  Susu kambing dan buah kurma ni banyak khasiatnya…

Mungkin dengan meminum resipi susu kambing dan kurma ni..
 mana tahu rezeki aku dan suami ada...hehehe.
Apa lagi aku terus menceritakan perkara ini kepada suami akulah…
Lantas aku dan suami mencari susu kambing ini (yang fresh lagi)
Bebotol-botol pulak tu kami membelinya…
Kekadang ada yang bau..
Tapi aku paksa kan juga tekak aku ni untuk menelanya..
Kerana teringin sangant menimang cahaya mata..

Aku pun buatlah resipi ni,.
Pertama kali cuba meminumnya….memang sedaplah...
tapi agak terlalu manis lah sikit..
hehehe dari segelas adunan susu kambing dan kurma tu,
mula-mula setengah je yang mampu aku minum..
selebihnya suami  habiskan..
Yang penting niat aku ikhlas dan telah berusaha.
Aku  hanya berdoa dan bertawakal kepada Allah sahaja
 supaya dipermudahkan segala urusan..

Tapi, memandangkan ianya sedap diminum…
Bukan sekali aja, aku dan suami membuatnya..
Banyak kali lah juga kami meminumnya…
Dah banyak kali cuba meminumnya..
Aku dah boleh habiskan segelas susu kambing + kurma ini..

Inilah hasilnya susu kambing di'blend' + kurma…

Susu kambing + kurma

Alhamdulillah syukur padaNya…
Dengan apa yang diusahakan ini…
 dalam tempoh lebih kurang 1 bulan
aku dan suamicuba meminumnnya….
Pada Februari 2012…
 aku telah disahkan hamil….



....Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”...

Selamat mencuba….. 





 
Antara khasiat - khasiat susu kambing yang penting untuk
sistem badan mausia adalah :
  1. Kandungan kalsium dan potasium dalam susu kambing menolong mencegah osteoporosis atau kerapuhan tulang.
  2. Vitamin A dalam susu kambing membantu tumbesaran bayi dan kanak-kanak. Zat-zat galian yang terkandung dalam susu kambing juga mampu mengimbangi metabolisme, membina tulang dan gigi, membantu membina sel-sel darah, tisu-tisu badan serta membantu menajamkan fikiran dan peningkatan fungsi otak (bagi pelajar).
  3. Pengambilan susu kambing yang kerap menolong wanita mengembalikan zat besi semasa kedatangan haid setiap bulan, kekurangan darah (anemia), pendarahan semasa kehamilan serta pendarahan yang banyak selepas bersalin (pendarahanpostpartum).
  4. Susu kambing membekalkan lemak sebagai pembakar dalam badan, protein untuk pertumbuhan otot, karbohidrat untuk tenaga dan zat galian untuk pembinaan badan.
  5. Susu kambing mengandungi asid nikotinik yang berfungsi membantu pencernaan, meningkatkan kesihatan pada kulit, kelihatan cantik dan berseri.
  6. Susu kambing mengawal sepenuhnya asid hidroklorik dalam perut, mengekalkan kekuatan pesakit dan meminimumkan ketegangan pada otot yang dijangkiti.
  7. Susu kambing juga sangat baik untuk penyakit ekzema(kegatalan pada kulit).
  8. Susu kambing mengandungi enzim, vitamin dan zat galian yang menolong mengawal metabolisme kolesterol.
  9. Selenium yang wujud dalam susu kambing sebenarnya adalah mineral yang amat penting dalam melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara punca utama kanser dan penyakit-penyakit kronik yang lain pada manusia. Melalui amalan pengambilan selenium setiap hari, didapati peratusan akan dihinggapi penyakit-penyakit tersebut berkurangan.
  10. Disyorkan kepada mereka yang mengalami beberapa penyakit seperti asma, demam kuning, hepatitis, radang sendi, batuk, rasa letih dan lesu, ulser, diabetes, hilang selera makan,migrain, buasir, sinus, cirit-birit dan bronkitis.




Antara kebaikan dan khasiat buah kurma adalah :


Adalah amat baik sekali jika anda mengamalkan
memakan buah kurma semasa mengandung
kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.
Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan
buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan…
malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.
Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis,
apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis-manis yang lain.


Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:


1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.



  • Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
  • Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.
  • Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

Tiada ulasan: