Rabu, 13 Jun 2012

.......kenangan 'saat indah' first pregnant.........

Tempoh perkahwinan aku sekarang sudah genab 1tahun...
Aku kahwin pada tanggal 25 Nov 2010 bersamaan 18 Zulhijjah 1431H… 
Kehidupan rumahtangga aku amat bahagia... 
walaupun aku berjauhan dengan suami disebabkan kerja..
suami di Pantai Timur dan aku di Selatan KL Wilayah Persekutuan Putrajaya…..
Dalam menempuh alam rumahtangga yang berjauhan ini,
banyak dugaan dan kesebaran yang perlu aku dan suami tempuhi dan hadapi…
Tapi alhamdulillah rumahtangga ini amat bahagia ditambah 
dengan kerinduan yang amat sangat apabila berjauhan…
Dalam kebahagian ini, aku dan suami masih lagi menanti kehadiran 
buah cinta pengikat lagi kasih sayang kami…
Aku dan suami tidak pernah merancang atau menetapkan bila kami perlu mempunyai cahaya mata..
lagi cepat.. lagi bagus…
Tapi setiap bulan dengan sabar aku menanti samaada aku sudah hamil atau tidak…
Aku dan suami tidak pernah berputus asa sehingga perkahwinan kami sudah genab 1tahun…
mungkin Tuhan masih belum memberi rezeki anak kepada kami…

Hari demi hari, bulan demi bulan aku masih lagi tidak menunjukkan
tanda-tanda bakal menjadi seorang Ibu…
Walaubagaimanapun aku dan suami sabar menanti… mungkin masih tidak ada rezeki aku lagi…
dan mungkin juga disebabkan jarak jauh antara aku dan suami… 
melambatkan kami untuk mempunyai cahaya mata….
Hanya dengan ‘kemungkinan’ itulah yang sentiasa memberi dorongan dan kesabaran untuk aku dan suami terus tidak berputus asa memohon dariNYA supaya dimurahkan rezeki kami mempunyai cahaya mata…
Bermacam-macam aku dan suami mencuba, supaya cepat-cepat mendapat zuriat…

Aku sentiasa mencari maklumat,cara-cara dan banyak  lagi untuk cepat hamil.. 
dilaman web juga sudah penat aku mencari bagaimana untuk cepat memperolehi cahaya mata… 
mencuba melalui pemakanan..Aku juga tidak putus menbaca laman blog-blog 
kekawan yang senasib dengan aku, yang masih menunggu kehadiran cahaya mata pertama, 
dan akhirnya mereka dikurniakan cayaha mata dengan berkongsi maklumat atau petua yang perlu di amalkan untuk mudah mendapat zuriat walau sudah lama menanti…

Aku masih ingat lagi, dalam tempoh perkahwinan kami 7bulan.. 
Aku dan suami pernah mencuba ke Klinik ‘Pakar Sakit Puan’ kerana bagi kami...
tempoh 7bulan ini agak lama untuk mennanti mendapat zuriat… 
disebabkan aku dan suami tidak pernah merancang untuk memperolehi cahaya mata…
Doktor hanya memberikan aku ‘ovulation kits’ untuk mencari hari atau waktu tepat kesuburan aku…
memandangkan perkahwinan kami masih lagi di peringkat fasa permulaan.
… -Bagi aku dan suami tempoh 7bulan ini agak lama untuk menanti kehadiran cahaya mata pertama- …
Doktor perpendapat berkemungkinan juga, disebabkan jarak jauh antara aku dan suami melambatkan prosees kehamilan… memandangkan kitaran bualanan aku normal…
Doktor menasihatkan aku dan suami mencuba dengan mencari waktu kesuburan dengan ‘ovulation kits’…
Aku dan suami mencuba nasihat dan cara pengiraan yang doktor syorkan…
Tapi.. aku masih lagi tidak mempunyai rezeki… (dalam hati..tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasakan)..

Sehinggalah memasuki tahun baru 2012.. aku dan suami mengambil keputusan supaya aku berurut
dan dalam pada masa yang sama aku juga cuba mengamalkan
meminum susu kambing yang dicampur bersama segenggam @ 7biji buah kurma,
di blander dan dibuat minum..
-(petua ni, kawan 1ofice aku yang bagi.. kerana dia pun senasib macam aku juga, 
1tahun menunggu untuk mendapat zuriat dengan mengamalkan meminum ini, 
dengan berkat usha dan doa, dia berjaya hamil)…-
Bila je, aku mendapat tahu dia sudah pregnant.. apa lagi, aku pun mencuba terus cara ini,
memandangkan tempoh perkahwinan aku dan kawan aku sama…
Aku juga mengamalkan memakan ‘folic acid’ selama 3bulan supaya aku cepat-cepat hamil….
Itu semua petua dan cara-cara yang aku dapat untuk cepat hamil…

Hari Yang Mengembirakan…..

Pada bulan Februari 2012… bulan aku sudah terlewat selama 4hari, dan ini amat mengembirakan aku….
Tapi aku masih lagi tidak mahu terlebih mengharapkan apa-apa.. takut nanti ‘menangis’ lagi….
Dan dalam pada masa itu , hati aku membuak2 untuk mengetahui sama ada aku hamil atau tidak….
Akhirnya selepas pulang dari kerja, aku mangambil keputusan untuk mencuba test sendiri
dengan menggunakan ‘pregnancy test’ yang aku beli di farmasi…

Sungguh aku tidak menjangkakan apa yang aku lihat itu… alat itu menunjukkan aku ‘positif’ hamil…
Dengan kegembiraan yang teramat sangat diiringi air mata kegembiraan…. 
Aku terus mandapatkan talifon aku…Untuk memberitahu suami aku… 
kerana suami berada di KB, dan aku disini…..
Hanya dengan talifon sahaja kami dapat melepaskan rindu dan menanyakan khabar masing-masing…
Setelah aku memberitahu suami aku.. dia amat-amat gembira.. 
keran kesabaran, penantian dan usha kami selama ini berhasil…
…Masih lagi aku teringat mesej dari suami aku “abang gembira sangat.. berai mato-mato.. akhirnya dia hadir juga..”
Pada ketika ini aku amat memrlukan suami aku disamping untuk meraikan kegembiraan yang kami perolehi ini…
Tapi aku hanya dapat bersabar.. kerana kerja, kami terpaksa berjauhan .. –air mata mengalir dengan lajunya…-

                                                               ( +ve ' hamil ' :-) ...... )

Pada keesokan harinya.. khamis, setelah pulang dari kerja… 
aku ke Klinik untuk mengesahkan kehamilan aku....
Setelah Doktor membuat scan.. dan mengesahkan kini aku sedang hamil 4 minggu…
…Hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya aku.. saat aku melihat sesuatu yang bergerak-gerak
(seperti ketulan daging yang berdenyut-denyut) … di dalam rahim aku… 
itu adalah bakal cahaya mata pertama aku dan suami…
Alangkah indahnya, jika suami juga disamping aku pada waktu dan ketika ini…
-(air mata kegembiraan, turut meraikan.. apa yang dilihat…)-
Syukur pada Mu YaAllah.. Kau telah mendengar doa dan permintaan aku selama ini.. 
tidak sia-sia usha aku dan suami selama ini....
Setelah pergi berurut dan mengamalkan meminum susu kambing + kurma.. ia nya terus menjadi…
Ini semua  rezeki yang amat berharga dari Allah.. Dia lah yang memberi segala-galanya..
Hanya dengan kesyukuran mampu aku ucapkan…
                                                              (pic scan - 4minggu- )

Aku mengkhabarkan berita kegembiraan ini kepada umi dan abah aku.. dan nyata sekali dia orang juga gembira..
kerana akan hadir cucu pertama bagi umi dan abah aku..
kepada ibu mertua aku yang aku panggil ‘ma’.. suami aku yang mengkhabarkannya..
Dengan berita gembira kali ini, membuatkan suami aku begitu gembira..
 kerana mengetahui yang dia akan bergelar seorang ‘Ayah’
Dan berita ini juga merupakan hadiah hari lahir untuk suami aku… pada 26 Feb 2012 (16 hari lagi)…

Aku juga masih terkenang ketika suami datang menjenguk aku disini, setelah mengetahui yang aku sedang hamil…
Sampai aje dirumah suami terus mencium perut aku  dengan penuh kasih sayang sekali..
….. sunguh bahagia sangat aku rasakan ketika ini……
Aku mengungkapkan kepada suami aku “ ayang akan bagi hadiah berita  kegembiraan yang paling indah istimewa 
di hari lahir abang nanti… tapi hadiah itu akan Ayang berikan pada bulan Oktober 2012 nanti..”
Kerana aku dijangka bersalin pada 17 Oktober 2012.. suami amat gembira..
....(ukiran senyuman terpapar di wajah nya)....
Saat yang paling indah aku dan suami rasakan. 
Kerana kamai bakal menjadi ‘ibu bapa’ beberapa bulan lagi…

bersambung.......

Tiada ulasan: