Khamis, 27 September 2012

KALORI


APA ITU KALORI


Kalori merupakan satu unit tenaga dan kita boleh mengaitkan kalori dengan makanan tetapi ia juga berkait dengan apa saja yang mengandungi tenaga, misalnya 4 liter petrol mengandungi kira-kira 31,000,000 kalori.
Secara spesifik, kalori merupakan kandungan tenaga atau haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu satu gram air sebanyak satu darjah celcius(C).
Ramai orang berfikir kalori hanya berkaitan dengan makanan misalnya satu tin minuman berkarbonat mengandungi 200 kalori, sebenarnya kalori dalam makanan adalah kilokalori (1000 kalori = 1 kilokalori).
Satu kalori dalam makanan mengandungi 4184 J. Oleh itu satu tin minuman berkarbonat mengandungi 200 kalori makanan atau 200,000 kalori atau 200 kilokalori.
Ini juga sama semasa bersenam dimana jadual kecergasan mengatakan anda membakar 100 cal setiap kilometer berjalan bermakna 100 kcal.
Terdapat 3 kelas makanan utama dalam makanan kita. Mereka ialah karbohidrat, lemak dan protein. Ketiga-tiganya mempunyai “nilai kalori”(kandungan tenaga) tertentu seperti jadual berikut.

KELAS MAKANAN
NILAI KALORI
(kcal)
SUMBER
Karbohidrat
4
nasi
Lemak
9
minyak masak
protein
4
ikan dan daging

Setiap individu memerlukan kalori yang berbeza. Ini bergantung kepada jantina, saiz badan, umur, aktiviti dan iklim. Golongan lelaki memerlukan lebih kalori kerana mereka lebih aktif. Saiz badan yang besar juga memerlukan kalori yang tinggi kerana ia mengandungi sel yang lebih banyak. Golongan kanak-kanak dan remaja yang sedang tumbuh pesat juga memerlukan lebih kalori kerana metabolisme (keperluan tenaga asas) mereka tinggi. Pekerja atau ahli sukan memerlukan kalori tinggi untuk menampung aktiviti yang cergas. Jika kita tinggal di tempat yang sejuk, kita juga memerlukan kalori yang lebih. Ini perlu untuk menggantikan haba yang hilang.
Apabila seseorang mengambil kalori yang tinggi atau terlampau rendah, maka berlakulah masalah kesihatan. Jadual berikut menyenaraikan beberapa contoh masalah kesihatan itu.



MASALAH KESIHATAN
PUNCA
GEJALA
CARA MENCEGAH
CARA MERAWAT
Malnutrisi
Kekurangan kalori
Sangat kurus dan tidak bertenaga
Makan makanan seimbang dan mencukupi
Memberi zat tambahan
Anoreksia
Tabiat tidak mahu makan kerana ingin menguruskan badan
Terlalu kurus
Pendidikan
Kaunseling
Kegendutan
Pengambilan kalori berlebihan
Kelihatan terlalu gemuk, pengumpulan lemak di bawah kulit
Mengawal pengambilan makanan
Bersenam atau mengambil ubat dari doktor
Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi
Makan makanan berlemak berlebihan
Serangan penyakit jantung dan cepat letih apabila melakukan aktiviti fizikal
Mengurangkan makanan berlemak
Pembedahan dan pengambilan ubat


Orang dewasa perlu menentukan pengambilan dan penggunaan tenaga yang seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan. Sekiranya kita mengambil lebih kalori dari yang diperlukan, badan akan menyimpan lebihan kalori tersebut sebagai lemak di dalam hati dan di bawah kulit serta dalam bentuk glikogen di otot-otot.

Lemak simpanan ini akan digunakan jika lapar berlaku untuk memberi tenaga. Bagi setiap 3,500 kalori yang disimpan, berat badan akan naik lebih kurang 1 lb(450 gram). Oleh yang demikian, sekiranya seseorang itu mengguna lebih tenaga dari yang dibekal, berat badan boleh dikurangkan. Walau bagaimana pun, bilangan kalori yang perlu bagi mengekalkan berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup (terutama senaman dll), komposisi badan dan keturunan.

Kawal kalori elak gemuk


SELEPAS berakhirnya puasa yang menjadi peluang terbaik mendapatkan berat badan sesuai, kehadiran Aidilfitri turut disulami keluhan ramai yang mengalami peningkatan semula berat badan.

Jangan salahkan pengambilan makanan berkalori, tetapi bagaimana anda mengawal kalori yang merujuk unit tenaga. Apabila sejenis makanan itu mengandungi 100 kalori, ia sebenarnya menggambarkan berapa banyak tenaga yang boleh diperoleh tubuh apabila menikmati makanan itu.

Hakikatnya, tubuh memerlukan kalori. Namun pengambilan terlalu banyak kalori tetapi tidak membakarnya menerusi aktiviti fizikal, hanya menyumbang kepada pertambahan berat badan. Jika anda mengambil terlalu banyak makanan berkalori yang tidak sepadan dengan keperluan tubuh, ia akan bertukar menjadi lemak. Seperti yang diketahui lemak berlebihan memudaratkan kesihatan.

Tubuh memerlukan kalori untuk berfungsi - mengekalkan retak jantung, mengepam darah dan menyempurnakan sistem pernafasan.

Begitupun, setiap individu itu unik. Justeru, setiap orang memiliki keupayaan membakar kalori yang berbeza. Namun, sesuatu yang pasti kalori tidak banyak terbakar ketika anda menonton televisyen atau bermain permainan video. Menonton televisyen hanya membakar satu kalori untuk satu minit, jumlah sama yang boleh anda peroleh jika tidur.

Bagi sesetengah orang, mereka tidak peduli dengan berapa banyak kalori yang diambil. Pada mereka, mengira kalori dalam pemakanan sesuatu yang meremehkan. Namun, tidak kiralah kalori atau lemak tetapi dalam jumlah yang terlalu banyak ia mampu menjejaskan kesihatan.

Selepas genetik, pengambilan makanan juga mempengaruhi kesihatan anda. Contoh mudah, lemak boleh menyebabkan masalah jantung.

Jika anda mengetahui fakta nutrisi setiap pemakanan yang anda nikmati, ia memastikan anda memperoleh diet yang sihat. Sebagai contoh, dalam satu gram karbohidrat dan protein, masing-masing terdapat empat kalori. Manakala dalam satu gram lemak terdapat sembilan kalori.

Jadi berapa banyak kalori yang perlu anda ambil? Oleh kerana setiap individu itu unik, keperluan kalori seseorang itu juga berbeza. Namun secara umum setiap orang memerlukan 2,000 kalori setiap hari. Namun, tubuh anda mungkin memerlukan jumlah yang kurang dari itu atau mungkin lebih.

Ketinggian, berat badan, jantina dan umur selain tahap aktiviti anda menjadi asas keperluan kalori. Ada tiga faktor utama dalam mengira jumlah keperluan harian kalori anda; kadar asas metabolik, aktiviti fizikal dan kesan ‘thermic’ makanan yang dipilih (jumlah tenaga yang tubuh gunakan untuk mencerna makanan yang diambil)

Paling utama, dalam mengawal berat badan adalah melakukan aktiviti fizikal. Bersenam membantu membakar kalori.

Cara Bantutkan Peningkatan Kalori Dalam Badan


Letih memikirkan cara menjadikan diet anda benar2 berkesan? Persoalan bolehkah anda mengurangkan berat badan tanpa berbelanja lebih terhadap makanan tertentu, menyertai aerobic atau sanggupkah anda melaburkan wang yg banyak semata-mata untuk mengikur program diet?

Ya! Hanya dengan mengubah cara hidup anda, anda boleh mendapat tubuh idaman dgn cara yg selamat dan menjimatkan! Duane Irons dalam bukunya Bargain Beauty Secrets ada 15 cara penyelesaian yg boleh anda praktikkan.

1) Segera setkan fikiran untuk mencapai segelas air masak suam setiap kali anda teringat atau teringin untuk mmengudap snek.

2) Kosongkan almari makanan. Selain menjimatkan wang, anda juga membantu mengurangkan cubaan-cubaan untuk menyelongkar almari mencari makanan.

3) Buat sesuatu yg memberi inspirasi dan menaikkan semangat untuk menurunkan berat badan. Contohnya tampal gambar anda yg sedang memakai baju idaman seperti baju kebaya di kala usia anda 17 tahun.

4) Kerap gunakan rempah seperti halia, lada sulah, lada hitam, sos Tobasco yg nyata dapat mempercepatkan pembakaran lemak sehingga 25%. (Sumber University Kyoto, Jepun).

5) Tidur adalah merupakan aktiviti yg boleh dilakukan bagi menghindarkan anda cenderung mengunyah makanan. Kajian yg dilakukan oleh University of Chicago menyatakan paras m e t a bolisme wanita meningkat ke 40% jika mendapat tidur yg cukup.

6) Jadilah pembeli yg bijak. Sentiasa menyenaraikan apa yang ingin dibeli bagi mengelakkan belanja yg keterlaluan.

7) Tahukah anda kebanyakan model professioanl mengamalkan tip diet berpandukan ABCs iaitu dgn menjauhkan alkohol, bread (roti putih) dan complex carbohidrat (kabohidrat kompleks)

8) Lawan nafsu makan di waktu malam. Terdapat kajian menyakatan kebanyakan kita cenderung makan lebih pada waktu malam atau dalam bilik yg gelap. Cuba mempercepatkan waktu makan malam anda dan tidur awal bagi mengelakkan anda dari dimakan.

9) Jangan sesekali lupa mengambil sarapan. Sarapan turut membantu meningkatkan metabolisme dan memberi tubuh anda tenaga setelah menahan lapar pada malam hari. Sekurang-kurangnya anda tidak makan yg keterlaluan pd waktu tengahari.

10) Pilihlah snek yg betul seperti biskut jagung tanpa gula ketika anda terasa anda teringin mengunyah makanan.



Kalkulator Kesehatan:
  1. Perhitungan BMI (klik disini)
  2. Perhitungan Kalori (klik disini)
 http://doktersehat.com/kalkulator-kesehatan/#ixzz28JKbI8ZT

METABOLISMA


APA ITU METABOLISMA?


Masalah Metabolisme

Ada orang tetap kekal kurus walaupun makan banyak, sebaliknya ramai mengalami masalah pertambahan berat badan meskipun hanya makan sekali sehari. Orang yang kekal kurus dikatakan mempunyai kadar metabolisme tinggi dan proses pencernaan bagi mendapatkan tenaga berlaku dengan cepat, manakala individu gemuk sebaliknya. Namun pendapat ini bukan 100% tepat kerna semuanya bergantung kepada gaya hidup, tabiat pemakanan dan kekerapan bersenam.

Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing. Contohnya lelaki dewasa yang aktif yang berusia antara 20-39 tahan dengan seberat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari. Jika anda tidak aktif, keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah.

Metabolisme membabitkan tiga perkara asas:

1. kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik. Biasanya setiap orang menggunakan sehingga 75% daripada tenaga daripada tenaga harian untuk tugas ini.

2. pencernaan dan penyerapan makanan. Kira-kira 10% daripada kalori harian digunakan untuk tugas ini.

3. aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan membakar baki tenaga yang ada. Berapa banyak tenaga dibakar bergantung kepada tahap aktiviti yang dilakukan.


Faktor-faktor yang akan memperlahankan metabolisme :

UMUR : Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada kadar 5% selepas 40 tahun. Apabila usia meningkat, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnye apabila otot berkurang, kadar metabolisme juga menurun.

JANTINA : Secara umumnya, metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan mereka lebih besar dan mempunyai kurang lemak.

MASALAH HIPOTIROIDISME : Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.

GENETIK : Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar metabolisme cepat.

 CARA TINGKATKAN METABOLISMA


Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap 4 hingga 5 jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar metabolisme akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.

Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil secara tetap dalam masa 2 jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.

Ada yang menyarankan supaya mengambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme lebih baik berbanding dengan karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot.

Buat senaman aerobik 4 hingga 5 hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Senaman aerobik adalah perlakuan berulang-ulang seperti berjalan cepat, berlari, berenang, berbasikal atau menari.
Minum banyak air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisme, proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksid daripada badan.

Tidur yang secukupnya membuatkan badan mendapat rehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman.

ADA orang tetap kekal kurus walaupun makan banyak, sebaliknya ramai mengalami masalah pertambahan berat badan meskipun hanya makan sekali sehari.Orang yang kekal kurus dikatakan mempunyai kadar metabolisme tinggi dan proses pencernaan bagi mendapatkan tenaga berlaku dengan cepat, manakala individu gemuk sebaliknya.Namun pendapat ini bukan 100 peratus tepat kerana semuanya bergantung kepada gaya hidup, tabiat pemakanan dan kekerapan bersenam.

Hakikatnya, jika kita makan banyak melebihi tenaga diperlukan, kita pasti mengalami masalah pertambahan berat badan. Jika kurang makan tetapi banyak menggunakan tenaga, berat badan akan berkurang.Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza mengikut gaya hidup masing-masing.Contohnya lelaki dewasa yang aktif berusia antara 20 hingga 39 tahun dengan berat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari.
Jika anda tidak aktif, keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah. Walaupun faham mengenai perkara ini, ia sukar dijadikan sebahagian daripada amalan. Malah, mengira kalori setiap kali hendak makan juga tidak dianggap sebagai amalan praktikal.Metabolisme membabitkan tiga perkara asas. Pertama ialah kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan kalori harian untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik. Biasanya setiap orang menggunakan sehingga 75 peratus daripada tenaga harian untuk tugas ini.Kedua ialah pencernaan dan penyerapan makanan.

Kira-kira 10 peratus daripada kalori harian digunakan untuk proses ini. Ketiga ialah aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan membakar baki tenaga yang ada. Berapa banyak tenaga dibakar bergantung kepada tahap aktiviti dilakukan.Secara semula jadinya, beberapa faktor akan memperlahankan metabolisme, iaitu:

Umur — Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada kadar lima peratus selepas 40 tahun. Apabila kita bertambah tua, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnya apabila otot berkurang, kadar metabolisme juga menurun.

Jantina — Secara umumnya metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan mereka yang besar dan mempunyai kurang lemak badan.

Masalah hipotiroidisme — Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Genetik — Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar metabolisme cepat.Jika anda mempunyai kadar metabolisme perlahan, usah bersedih kerana ia berlaku kepada kebanyakan orang.

Walaupun ada banyak produk kesihatan dan pil yang mendakwa boleh mempercepatkan kadar metabolisme, ia bukan kaedah terbaik.Memang tidak salah untuk mencuba produk seperti ini, tetapi kita perlu berhati-hati dan sebaik-baiknya dapatkan pandangan pakar terlebih dulu sebelum menggunakannya.Mengamalkan gaya hidup kurang bergerak dikatakan menjadi penyumbang utama kepada kadar metabolisme perlahan. Perkara ini dialami kebanyakan orang di seluruh dunia, termasuk penduduk di negara kita.Rata-rata memberikan alasan sibuk dan tiada masa untuk bersenam. Tanpa semangat dan keazaman kuat, bersenam adalah tugas yang sangat berat untuk dilakukan, walaupun ramai tahu manfaatnya.
Tidak kira berapa umur kita, beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kembali paras metabolisme, iaitu melalui:

Pemakanan — Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 1,000 kalori setiap hari. Seperti badan, proses metabolisme memerlukan tenaga daripada makanan. Jika anda mengamalkan diet kurang daripada 1,000 kalori sehari, secara automatik badan memperlahankan kadar metabolisme untuk menjimatkan tenaga.Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar metabolisme akan
meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.


Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.

Ada yang menyarankan supaya mengambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot.

Buat senaman aerobik empat hingga lima hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Senaman aerobik adalah perlakuan berulang-ulang seperti berjalan cepat, berlari, berenang, berbasikal atau menari.Buat senaman angkat berat. Tidak perlu pergi ke gimnasium, mengangkat dumbel sudah memadai. Jika tiada, gantikan dengan botol mineral yang berisi air.
Minum banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisme, proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan.

Tidur secukupnya - Tidur memberi peluang badan berehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman.

* : Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar metabolisme cepat.


Isnin, 24 September 2012

10 Surah Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W


1. AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


4. SURAH AL-WAQI'AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya. 







5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.






6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.


7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..





8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan





9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.



10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
kubur dan kengerian hari kiamat."

Kelebihan Surah-Surah Dalam Al-Quran




BISMILLAH (Dengan Nama Allah)

Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim.

SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)

Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, ne scaya permintaannya diperkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)


Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya 

Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan sarakatul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

* Mengunci rumah dengan ayat Kursi
Hendaklah membaca surah Al-kursi sebanyak 3 kali dan dituruti dengan surah Ar-radu ayat 11 sebanyak 3 kali di tengah jalan muka pintu dengan niat sebelum meninggalkan rumah.

SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)


Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

* Surah Al Baqarah - Ayat 102
Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh

* Menghentikan Anjing Menyalak
Baca surah Al-Baqarah ayat 80 - 81 sebanyak 10 kali

SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)

Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.




SURAH AN-NISSA' (Perempuan)

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)


Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut-turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, ke atas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)


Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)


Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

SURAH AL- ANFAL (Rampasan)


Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.


SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, di kedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

* Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang dihajati
Hendaklah membaca surah al-taubah ayat 128 - 129 semasa berjumpa.

SURAH YUNUS (Yunus)


Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

SURAH AL-HUD (Hud)


Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

SURAH YUSUF (Yusuf)


Barang siapa membacanya, akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

SURAH AR-RA'D (Petir)


Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.


SURAH IBRAHIM (Ibrahim)

Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH AL-HIJ'R (Batu Gunung)


Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)


Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

SURAH AL-KAHF (Gua)


Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

SURAH MARYAM (Maryam)


Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
Dan ibu-ibu yang hamil amalkan membaca surah ini mudah-mudahan akan dipermudahkan ketika melahirkan anak.


SURAH THAAHAA (Hai Manusia)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

* Membuatkan anak tidak degil
Hendaklah membaca surah Thaahaa Ayat 1 - 6 dan juga surah al haji ayat 21 dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan.

* Surah Thaahaa - Ayat 1-5
Anak2 malas sekolah

* Surah Thaahaa - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Supaya Suami tak kawin lain

SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)


Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

* Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 pandai belajar

* Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
   Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 lembut hati/ elak panas baran

SURAH AL-HAJ (Haji)


Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.


SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

SURAH AN-NUUR (Cahaya)


Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

* Ayat penerang hati
Hendaklah sering membaca surah An Nur ayat 35 di pagi hari dan awal malam.

SURAH AL-FURQAN (Pembaca)


Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)


Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

SURAH AN-NAML (Semut)


Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)


Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.



SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)

Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

SURAH AR-RUM (Rum)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

* Surah Ar Ruum Ayat 31 - Baca 33x
Bg anak2 yg suka keluar malam

SURAH LUQMAN (Luqman)


Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)


Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.

SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)


Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH SABA
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.



SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.

SURAH YAASIIN (Hai Manusia)

Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."

Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid.

Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

* Menghilangkan rasa takut kerana gangguan syaitan
Hendaklah membaca surah Yassin ayat 8 dan 9 berulang kali sehingga rasa gementar hilang.



SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagiaan sejati.


Semoga memberi manafaat kepada semua.
Wallahu'alam.


Rabu, 19 September 2012

...Kedukaan Yang Melanda...



…Ujian dariNYA…

Tahun 2012 ini.. merupakan satu tahun kedukaan bagi aku….
Dengan satu-satu dugaan dan musibah yang menimpa diri ini..
Dalam aku mengecapi kebahagian dalam rumahtangga..
Kuatkah untuk aku hadapinya lagi..??
Walaupun senyuman ini mampu lagi aku lemparkan..
Tapi  jiwa, hati aku.. sentiasa menangis dengan semua ini…
Hanya Tuhan yang tahu apa yang aku rasakan..

Ujian yang diberiNYA… begitu kuat…Untuk aku hadapinya…
Ya Allah.. kau tabahkanlah hati hambamu ini…
Untuk menghadapi setiap ujian dan dugaan dariMu Ya Allah…
Jika ini ujian Mu untuk aku menguatkan lagi Iman ku padaMu..
Kau kuatkanlah hati ku untuk hadapi Qada dan Qadar Mu ini..

“Segala sesuatu berjalan sesuai dengan takdir dan kehendak-Nya, sedangkan kehendak-Nya itu pasti terlaksana. Tidak ada kehendak bagi hamba-Nya melainkan memang apa yang dikehendaki-Nya. Apa yang Dia kehendaki, pasti terjadi. Dan apa yang tidak Dia kehendaki tak akan terjadi [6]


10 Februari 2012
Alhamdulillah… syukur padaNya..
Aku disahkan Hamil 4minggu…
Berkat dan sabar aku dan suami.. akhirnya..
Aku bakal menjadi Ibu dan suami bakal menjadi Ayah..
Setelah 1tahun aku dan suami menuggu kehadiran
cahaya mata dalam rumahtangga kami..
Berita ini amat mengembirakan aku dan suami.. begitu juga keluarga…

15 Mei 2012
Pada kehamilan memasuki 18miggu…
Aku keguguran… Bayi aku tidak lagi mempunyai dengupan jantung…
Kegembiraan yang aku dan suami harapkan telah lenyap sekelip mata..
Kenapa dia hadir begitu sekejap..
Belum sempat aku dan suami merasa untuk menjadi ibu dan bapa…


11 Julai  2012
Sungguh aku dan suami tidak percaya.. dalam keadaan kami masih lagi berduka ..,
atas keguguran yang aku alami pada mei 2012..
Sekali lagi Allah mengabulkan doa dan permintaan aku..
Aku disahkan ‘HAMIL’ kali ke KEDUA…
Alhamdulillah Syukur banyak-banyak padaMu Ya Allah..
Dalam kami berdua berdukacita.. KAU telah menghadirkan lagi kebahagian itu pada kami..

5 September  2012
Kenapa sungguh berat ujian yang diberinya untuk aku dan suami…
Untuk kehamilan kali ke dua ini juga tidak berjaya…
Sekali lagi aku keguguran, dalam usia kandunagn 11 minggu…
Kenapa ini semua terjadi pada aku…
Kegembiraan yang aku dan suami rasakan..
Lenyap begitu sahaja….


Pada saat dan tika ini… jiwa aku amat tertekan dengan apa yang berlaku…
Kenapa…kenapa.. kenpa…kenapa… 
Inilah yang sering bermain diminda aku…
Aku amat kecewa dengan diri ini..
Aku masih lagi tidak dapat memberi kebahagian untuk orang yang aku sayang…
Kenapa hadirnya hanya sementara…. Mana anak aku….

Kekecewaan jelas dimatanya…
Begitu hiba aku rasakan.. saat aku memandang jauh kedalam matanya…
Mungkinkah dia kecewa dengan aku…??
Persoalan ini sering mengganggu aku…


Aku cuba lemparkan juga senyuman aku padanya..
Kerana aku tidak mahu dia mengetahui, perasaan dan tekanan yang aku alami ni..
Aku tidak mahu dirinya risau dengan keadaa aku..
Sudahlah aku sedang memberikan satu tekanan dan kekecewaan pada nya..
Cukuplah dengan apa yang dirasainya..
Dari menambah bebanan tekanan dan jiwa aku yang tak menentu..

Ya Allah.. kau kuatkanlah hati hamba mu ini..
Untuk hadapi ini semua dihadapan suami ku..
Aku telah memberi kekecewaan padanya…
Aku tidak tahu apa yang harus aku pesalahkan..
Yang aku rasa hanya pada diriku…

Aku semakin merasakan kekurangan pada diri ini..
Kekuatan dan keyakinan aku sudah hilang..
Aku rasakan setiap orang yang ada disisiku..
Memandang aku, seorang yang tak sempurna…
Walaupun pandangan itu dari orang yang aku sayang..
Aku amat tertekan..

Dapatkah suami aku memahami apa yang aku rasakan ketika ini…
Ya… orang tak akan nampak kesalahan ini pada lelaki.. tapi pada wanita..
Disebabkan orang perempuan yang mengandung???....!
Jika masih tidak aada anak, aku dahulu yang orang akan persalahkan..
Adakah suami aku juga akan salah kan aku?...
Tersiksanya jiwa aku dengan semua ini…
Ya Allah.. kenapa ujian ini yang kau berikan padaku..
Adakah semua ini berpunca dari kesalahan aku padaMU selama ini..

Setiap layanan semasa hamil dengan sekarang.. jauh berbeza..
Aku kuatkan hati, untuk tidak terus menangis..                             
Aku dapat rasa semua itu..                                                              
Dari segi percakapan dan tingkah laku…
Macam aku yang dipersalahkan..

Adakah tidak memahami.. aku juga teringinkan cahaya mata..
Aku tidak minta semua ini  berlaku..
Aku juga ingin menjadi seorang isteri yang mampu melahirkan zuriat untuk suami ku..
Adakah ini semua salah aku….??? Kenapa… kenapa….


Ucapan apa lagi yang harus aku ucapkan pada suami aku..
“kemaafan” sudah banyak aku tuturkan padanya..
Setiap kali aku tidak dapat memenuhi kegembiraanya..
Ucapan ‘maaf’ selalu terungkap…
Aku dah lemah dengan semua ini…
tak mampu lagi untuk aku mengungkapkan kemaafan dari nya..

Adakah masih ada kegembiraan yang dapat aku kecapi..
Bilakah aku aka menjadi seorang ibu dan seorang isteri yang
dapat melahirkan zuriat untuk suami ku..
adakah kegembiraan masih ada dihari esok…?????
Aku inginkan dirinya bahagia dengan ku..