Bagaimana
RASULULLAH Bermesra Dengan Isteri
Sabda Rasulullah SAW: Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
Ketika kita menempuh bahtera rumah tangga, ketika kita sedang menjalankan
perintah Allah dan Rasul-Nya, kita dianjurkan untuk melihat kembali kecintaan
kita kepada keluarga Nabi. Dalam memperkuat kecintaan kita kepada keluarga Nabi
di dalam mengayuh bahtera keluarga, kita diwajibkan meneladani perilaku
kehidupan keluarga Rasulullah, baik perilaku terhadap isteri mahupun anak.
Dalam menggauli dan memperlakukan isteri-isteri Baginda, Rasulullah s.a.w.
senantiasa menghormati dan menjaga perasaan isteri-isterinya melebihi
suami-suami yang lainnya. Satu saat ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat
malam, beliau dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata: Di tengah malam
beliau mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku beliau
berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”
Kita bayangkan betapa besar penghormatan Rasulullah kepada isterinya sampai
ketika beliau hendak melakukan solat malam, beliau terlebih dahulu meminta izin
kepada isterinya pada tengah malam, di saat isterinya memerlukannya. Pada izin
Rasulullah itulah tergambar kecintaan dan penghormatan terhadap isterinya.
Nabi adalah sosok yang sangat sabar dalam memperlakukan isterinya. Hal ini
terlihat ketika suatu hari ada salah seorang isterinya datang dengan membawa
makanan untuk dikirim kepada Rasulullah yang sedang tinggal di rumah Aisyah.
Aisyah dengan sengaja menjatuhkan kiriman makanan itu hingga piringnya pecah
dan makanannya jatuh berderai. Rasulullah hanya mengatakan, “Wahai Aisyah,
kifaratnya adalah mengganti makanan itu dengan makanan yang sama.”
Rasulullah mengecam suami-suami yang suka memukuli isteri-isterinya sampai
Rasulullah berkata, “Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa isterinya
padahal dia lebih patut disiksa oleh Allah SWT.”
Nabi pun mengecam suami-suami yang menghinakan isteri-isterinya, tidak
menghargainya, tidak mengajaknya bicara, dan tidak mempertimbangkan isterinya
dalam mengambil keputusan.
Nabi bersabda, “Tidak akan pernah memuliakan isteri
kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali
lelaki yang hina.” Kerana itu marilah kita berusaha menjadi suami yang mulia
yang menempatkan isteri pada tempat yang mulia.
Kemesraan pasangan adalah penting untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga
dan Rasulullah s.a.w. telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan
isteri-isteri baginda.
Tidur dalam satu selimut bersama isteri
Dari Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa
mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu
selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya,
“Mengapa engkau bangkit?” Jawab Aisyah, “kerana saya haid, wahai Rasulullah.”
Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali
padaku.” Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau.” (Hadis Riwayat Sa’id
bin Manshur)
Memberi wangi-wangian pada aurat
Aisyah berkata, “sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya,
baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi)
dan isteri baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (Hadis
Riwayat Ibnu Majah)
Meminta isteri meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w.
pada hari Raya ‘Aidil Adha’ setelah beliau melakukan jumrah aqabah.” (Hadis
Riwayat Ibnu ‘Asakir)
Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w.
menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke
dalam bejana tersebut).” (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
Disikatkan oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya biasa menyikat rambut Rasulullah
s.a.w, ketika itu saya sedang haid.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud: Makanan yang disediakan oleh isteri
kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah
Minum bergantian pada tempat yang sama
Daripada Aisyah r.a., dia berkata: “Saya biasa minum dari cawan yang sama
walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di
tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan
tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya,
lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu
Baginda pun menghirupnya. ” (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)
Membelai isteri
“Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti
mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri
dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat
isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam ditempatnya. ”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, “bahawa Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya setelah
mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya.”
(Hadis Riwayat Abdurrazaq)
Dari Hafshah, puteri Umar r.a., “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. biasa
mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.” (Hadis Riwayat Ahmad).
Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a., “Nabi s.a.w. biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku
walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.” (Hadis Riwayat
Abdurrazaq)
Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w. biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang
di sukainya seperti Aisy dan Umairah (pipi merah delima).
Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w. biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata,
“Wahai Uwaisy, bacalah doa: Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah
dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah
yang menyesatkan. ” (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)
Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a., dia berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w.
di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas
tikar itu, Baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan
baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat
itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darahku menitis
lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan
darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun
sembahyang di atas tikar itu.” (Hadis Riwayat Nasai)
Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, “Ketika Nabi s.a.w. menikah
dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, “Sesungguhnya aku pernah
hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa
botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah
meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu
memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu
Kaltsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan
Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda
memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang
sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat wanita, lalu Baginda
masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya,
lalu keluar dan bersabda, “Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa
syaitan. Apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik,
hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yg sama
dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w. kepada para isteri Baginda,
memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan sikap kerana sikap dan
perbuatan baik cara yang paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan sayang
antara suami dan isteri. Inilah teladan yg perlu dicontohi.
Berkhidmat pada isteri
Salah satu ibadah yang paling besar di dalam Islam adalah berkhidmat kepada
isteri. Rasulullah bersabda, “Duduknya seorang lelaki dengan isterinya kemudian
membahagiakan isterinya, pahalanya sama dengan orang yang itikaf di masjidku.”
Kita dapat saksikan para jemaah haji ketika tinggal selama seminggu di sana mereka berusaha
melakukan itikaf dengan sebaik-baiknya di masjid Nabawi. Kita akan memperoleh
pahala yang sama seperti itikafnya para jamaah haji kalau kita duduk bersama isteri
dan berusaha membahagiakan, memberikan ketenteraman dan keselesaan kepadanya.
Begitu pula bagi para isteri. Mereka haruslah menjadi seorang isteri seperti
Khadijah Al-Kubra. Khadijah adalah sosok isteri yang sangat dicintai oleh
suaminya. Selama Rasulullah menikah dengannya, Rasulullah tidak pernah
memikirkan the other women beside her, wanita lain di samping Khadijah.
Rasulullah hidup dalam suasana yang penuh dengan kecintaan dan kasih sayang.
Cinta kasih Nabi terhadap Khadijah tergambar dalam riwayat berikut ini:
Setelah Khadijah meninggal dunia, Rasulullah menikah dengan Aisyah. Suatu hari
Rasulullah sedang berada di depan rumah. Tiba-tiba Rasulullah meninggalkan
Aisyah menuju kepada seorang perempuan. Rasulullah memanggilnya dan menyuruh
perempuan itu duduk di hadapan-nya kemudian mengajaknya berbicara.
Sabda Rasulullah S.A.W. – Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan,
memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu
syurga yang ia kehendaki.
Aisyah bertanya, “Siapakah perempuan tua ini?” Rasulullah menjawab, “Inilah
sahabat Khadijah dulu.” Lalu Aisyah berkata, “Engkau sebut-sebut juga Khadijah
padahal Allah telah menggantikannya dengan isteri yang lebih baik.”
Ketika itu marahlah Nabi sampai bergoncang rambut di atas kepalanya. Lalu
beliau berkata, “Demi Allah, tidak ada yang dapat menggantikan Khadijah. Dialah
yang memberikan kepadaku kebahagiaan ketika orang menghinaku. Dialah yang
menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah yang
memberikan seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan pemberiannya.
Dan dialah yang menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri yang lain
tidak memberikannya. ” Mendengar itu Aisyah tidak dapat memberikan jawaban.
Hadis ini diriwayatkan dalam Shahih Bukhari dan Muslim.
Dalam ucapan Rasulullah itu, selain terkandung kecintaan Rasul terhadap
Khadijah, juga terkandung kebaktian Khadijah terhadap suaminya. Khadijahlah
yang menghibur suaminya ketika dalam perjuangan dilanda berbagai penderitaan.
Khadijahlah yang mengorbankan seluruh hartanya ketika suaminya memerlukan.
Khadijahlah yang mendampingi suaminya dalam suka dan duka. Sehingga Rasul
berkata, “Tidak ada seorang pun yang dapat menggantikan Khadijah.”
Kepada para isteri, jadilah seperti Khadijah yang setiap saat rela
mengorbankan apa pun demi kebahagiaan suami. Yang di saat-saat suami ditimpa
duka dan kesusahan siap berdiri di sampingnya, memberikan hiburan dan
kebahagiaan kepadanya dengan seluruh jiwa dan raga.
Kebaktian kepada suami di dalam Islam dianggap ibadah yang utama. Sampai
Rasulullah bersabda, “Kalau seorang perempuan memberikan setitis minum kepada
suaminya atau memindahkan barang dari rumahnya ke tempat yang lain untuk
membahagiakan suaminya, maka pahalanya sama dengan melakukan ibadah satu
tahun.” Oleh sebab itu, hormatilah suami. Berikan kepadanya penghormatan yang
sepenuhnya dan berikanlah kecintaan yang sepenuhnya. Insya Allah, Tuhan akan
berkati keluarga yang seperti demikian.
Apa Kata RASULULLAH Tentang Wanita Dan Isteri
1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan iaitu wanita (isteri)
yang solehah.
(Riwayat Muslim)
2. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi
kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya,maka iaa dalah perempuan
zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat
Ahmad,Thabrani dan Hakim)
3. Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana
keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat
beragama, nescaya kamu beruntung.
4. Wanita apabila ia sembahyang lima
waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami,
maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (RiwayatAhmad Ibnu
Hibban, Thabrani, Anas bin Malik)
5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk
suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari khiamat, tiada nur
baginya.(Riwayat Termizi)
6. Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima
sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya
(meminta maaf). (Riwayat dari Hassan)
7. Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung diudara, ikan di air,
malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia
masih taat pada suaminya dan diredhainya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
(Riwayat Muaz bin Jabal)
8. Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk
suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan
tangannya dari bakaran api neraka. Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di
dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syuga lebih dahulu dari
suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka
mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan
menghadapnya.
Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya
dan memotong misainya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai
syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi
sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan
dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim. (Riwayat Muaz
bin Jabal)
9. Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat
dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70
tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.
10. Apabila wanita mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan
baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala
orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah
dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya