Datang kerja hari ni rasa tak ada mood je..
Badan rasa penat.. + hati runsing…
Semalam baru sampai dari balik ke Kota Bharu..
Untuk balik sini hati
ni rasa tak tenang je dengan apa
yang sedang berlaku pada kelurga aku sekarang ni…
Ya Allah kau sembuhkan lah sakit yang adik
ku alami pada waktu ini..
kuatkanlah semangat nya untuk tempuhi dugaan
dan ujian yang kau beri pada nya..
kau tabahkanlah dan kuatkan semangat keluarga ku,
terutama Umi dan Abah ku untuk menghadapi ujian ini…
Dah hamir 2minggu adik yang ke-4 aku menghadapi sakit ini..
Sebak hatiku bila melihat keadaan sakit yang sedang
ditanggungnya itu…
Kenapa sakit ini datang dan kena pada adik ku..keluarga ku…
Ya Allah… jika ini benar ujian dari mu..
Kau tunjukkan lah penawar kesakitan yang ditanggung adik ku
ini..
Jika benar ini semua disebabkan sihir dan guna-guna tertentu..
Sembuhkanlah adik ku Ya Allah…
Kau tunjukkanlah azab pada mereka-mereka yang
terlibat dengan sakit adik ku ini…
Jika benar ianya dari sihir manusia yang
bertopengkan syaitan…
Mengalir air mata ini bila merlihat adik ku yang telantar
sakit…
Ya Allah kau tunjukkanlah cara merawat,
penawar bagi mengubati sakit adik ku ini..
luluh hati ku bial memandang wajah Umi dan Abah ku..
Ibu bapa mana yng tak risaukan anak-anaknya..
1minggu lagi adik ku dah start kelas untuk sem seterusnya..
Dengan keadaan dirinya pada waktu ini..
Dapatkah untuk adik ku meneruskan pengajiannya dengan
sempurna..
Perlukah adik ku tangguh pengajiannya itu..
Bila aja mendengar tentang penanguhan pengajian ini
dari kami sekeluarga..
Adik ku yang sedang sakit terus menangis..
Dia sedih jika dia tidak dapat meneruskan pengajiannya..
Kami tahu derita yang sedangg dia tanggung ini..
Sudah banyak cara yang kami ushakan untuk menyembuhkan
dirinya..
Jika boleh kami sekeluarga tidak mahu pengajiannya
tertanguh..
Tapi macam mana untuk adik ku pergi belajar..
Jika macam ini keadaan nya…
Jika benar ini semua dari perbuatan jahat..
Kenapa busuk sangat hati manusia ini..
Tergamak melakukan benda keji (sihir) ini..
Apa yang diperoleh dari berbuat jahat pada orang ini..
Kenapa..kenapa…. ini terjadi pada keluarga ku..
Sakit hati ku bila melihat keadaan adik ku pada waktu ini..
Aku berharap adik ku akan cepat sembuh..
Kami sekeluarga ingin melihat dirinya seperti sebelum ini..
Yang ceria.. dan dapat belajar dengan baik..
“ Ya Allah kau sembuhkanlah sakit yang ditanggung adik ku
ini..
Jika benar ianya dari sihir perbuatan manusia..
Kau temui untuk kami sekeluarga penawar untuk mengubatinya..
Ya Allah kau lindungilah adik ku dan kelurga ku dari
panahan sihir mereka-mereka yang berhati busuk..”
Semoga adik ku cepat-cepat sembuh..
Kami sekeluarga sayangkan nya..
Semoga dia tabah dan kuat kan semangat menghadapi ujian ini..
Kami sekeluarga akan cuba usaha mencari penawar dari
kesakitan ini..
harap adik ku sabar dengan semua ini..
Walaupun kami sekelurga tidak dapat merasa kesakitan yang dialami..
tapi kami sekeluarga juga menanggung derita yang dialaminya itu..
Cepat-cepat sembuh ya adik ku..
kuatkan semangat.. lawan dengan apa yang
datang menyerang tubuh...
~ KAMI SEKELUARGA SAYANG KAN KAMU~