Satu minggu aku duk
memikir kan
pasal cuti
yang masih belum
diluluskan oleh Penyelia aku ni..
CC aku dah sokong
cuti aku yang diminta pada 31/10/2012 lagi..
Tunggu diluluskan je….
Aku minta cuti 3hari
bermula pada 12,14 dan 16 Nov 2012..
Disebabkan pada
minggu itu jatuh cuti Depavali dan Awal Muharram..
Dapatlah cuti 1
minggu.. Dah lama aku simpan cuti ni..
Untuk cuti panjang
yang macam nilah…
Nak balik kampung…
bukan senang ada hari boleh balik
1minggu terus kat
kampung ni..
So.. ada cuti hari
yang baik macam ni aku apply lah..
Disebabkan aku
berjauhan dengan my husband..
Sebab itu aku seronok
nak balik cuti 1minggu kat kampung..
Dah lah duk jauh,
jarang-jarang jumpa..
Time nilah boleh cuti
panjang-panjang..
Aku dah minta awal
dah cuti kat penyelia aku..
Mula-mula ok je..
Tapi…
Disebabkan ramai yang
nak bercuti pada hari itu..
Bahagian aku je yang
tak nak luluskan cuti aku
dan kekawan aku yang
senasib ni..
Pada 5 November 2012
aku dan kawan aku
dipanggil oleh
penyelia kami…
Disebabkan cuti tidak
dapat nak diluluskan..unit kerja aku ni
ramai yang cuti
termasuk dia..Cuti satu minggu..
Aku dan kawan aku ni
hairan..
Kenapa pulak cuti
kita orang tak dapat diluluskan..
Padahal bukannya tak
ada orang lansung kat office ni..
Kalua macam ni..
nanti raya tak boleh cuti lah..
Sebelum ni ok je..
Naik tension aku dan
kawan aku nihhh..
Apa nye tidak..
masing-masing ada keluarga..
Dan dah rancang
cuti masing-masing..
Tak tahu sapa yang
harus dipersalahkan…!!!
Kepala tengah
tintong.. sedih, marah bercampur bau dah ni...
Kalua ikut kan tak salah pun untuk
kami bercuti..
Tapi entah lah..tak
nak cerita panjang-panjag kat sini..
-masalah dalaman
sikit-
Stop sekat sini je
lah..
Akhirnya cuti kami
diluluskan juga pada hari ini…
Wahh baru tenang jiwa
ni nak balik cuti kat kampung..
Apa tidak nye..
sapelah kami…Kami hanya kerani biasa je..
Terima kasih kerana
cuti ini diluluskan..
Aku harapkan.. untuk
masa-masa akan datang..
Ada pihak yang memahami masalah
pekerja-pekerja..
Dan dengan cuti-cuti
pekerja…
So… mana-mana yang
bercuti minggu depan..
“SELAMAT
BERCUTI dan balik kampung”
Untuk bersama
keluarga dan anak-anak tersayang…
Bye..Bye...
Semoga Allah merahmati perjalanan aku pulang kekampung
dengan selamatnya.. Amin..