Jumaat, 29 Jun 2012

Penyesalan...


 ....Tekanan Perasaan Menguasai Diri....

Pada ketika ini.  Pelbagai perasaan yang aku rasa..
Aku rasa bersalah sangat-sangat kerana menyakiti dirinya…
Aku banyak memberi masalah padanya..
Aku sering tarik muka kelat dengannya (tanpa apa-apa sebab)…
Aku banyak ngada-ngada dengan nya..
Aku sering merajuk tak tentu sebab denganya..
Apa dah jadi degan aku sekarang ini…


Aku sedar selepas mengalami kesedihan yang amat sangat pada (15 Mei 2012)..
Perangai, sikap aku menjadi-jadi…
Ada sahaja yang tidak kena..
Aku sendiri tidak tahu apa yang aku inginkan sebenarnya..
Yang dapat aku rasakan sekarang…
Satu tekanan  hebat yang aku tempuhi buat masa ini..
Jiwa aku kosong.. Aku sedih kerana masih tidak dapat membahagiakan dirinya…
Kesunyian yang amat sangat aku rasakan (saat berjauhan dengannya)…
Aku rindu sangat pada dirinya.. Saat kami berjauhan..

Tapi.. mengapa bila dirinya dekat dengan sisiku..
Perangai aku menjadi-jadi..
Ada sahaja benda yang tidak kena pada aku dan aku lepaskan padanya..
Sekejap mood aku ok.. sekeja aku moody..
Ya Allah.. aku dah berdosa dengannya..
Tanpa apa-apa sebab aku moody denganya..
Adakah disebabkan kesunyian yang aku alami saat berjauhan..
Bila dekat di sisi.. Aku lepaskan semua tekanan aku padanya…

Kesian dirinya.. sekarang aku banyak menyakiti hati dan perasaannya..
Adakah semua ini disebabkan TEKANAN yang aku alami..
Jiwa aku kacau..
Kemarahan aku yang tanpa apa- apa sebab aku lepaskan pada nya..
Berdosanya aku dengan dirinya…
Aku tidak mahu menjadi seorang isteri yang derhaka pada suaminya…
Aku SAYANG kan suami aku..
Aku CINTA kan dirinya..
Aku MENCINTAINYA sepenuh hati aku..
Aku tidak ingin BERJAUHAN dari sisinya..
Maafkan ayang abang atas sikap ayang semalam..
dan saat-saat ayang moody tak tentu pasal…


Lambatnya jam bergerak..
Aku ingin cepat-cepat balik..
Aku ingin cium tangan suami aku..
Aku ingin memohon kemaafan darinya..
Aku berdosa dengannya..
Aku menyesal dengan apa yang aku buat..
Perangai yang mengada-ngada aku semakin menjadi-jadi..
Moody tak tentu pasal…
Kenapa aku membiarkan perasaan tekanan aku menguasai diri ini..????
Ya Allah..jauhilah aku dari sikap-sikap buruk ini..


Khamis, 28 Jun 2012

Sifat Buruk Wanita


Sifat Buruk Wanita - WAJIB TAHU BAGI LELAKI DAN WANITA

Enam Jenis Sifat Buruk Wanita Yang Perlu Dijauhi

Ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.

Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat buruk ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat buruk wanita itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.

1. Al Nananah  
- wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga   semua tidak kena dan tidak berpuas hati. Buruk sungguh sifat wanita seperti ini.

2. Al Manah 
- wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar. Ini antara sifat buruk wanita yang terkutuk.

3. Al Manaqah 
- wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. (Saya teringat satu masalah dulu wujud kumpulan pencari suami bergelar datuk. Dalam kumpulan ini ada beberapa orang wanita yang sudah beristeri yang juga turut berminat untuk mendapatkan suami bergelar datuk dan berkedudukan).

4. Al Hudaqah - wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5. Al Basaqah 
- wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

6. Al Salaqah 
- wanita yang mulut becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis. Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Semoga kita tidak akan ditemukan dijodoh ataupun mendapat menantu dengan wanita yang memiliki sifat-sifat demikian. Walahu'alam.

p/s: Buat wanita-wanita, Gadis-gadis, Perempuan-perempuan 
.... dan juga diri ini  :) ....
       semoga sifat-sifat ini jauh dari kita -tidak tergolong dalam sifat2 ini- , 
agar kita menjadi seorang yang amat istimewa dan sempurna 
dimata kaum lelak - terutama suami kita- ….

Rabu, 27 Jun 2012

Andai Lelaki Tahu

ANDAI LELAKI TAHU 

 

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dengan kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud untuk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.

Isnin, 18 Jun 2012

"kEsEpiAn"


Tabahkanlah hati ini.....
Janganlah kamu menghukum cinta aku dan dia...
Janganlah menyakiti kami lagi...
Dia kepunyaan ku.. dan aku kepunyaan dia...
Tabahkanlah hati kami untuk menempuh dugaan yang kau beri ini...
Walaupun kami jauh dimata...
‘kepercayaan dan kesetiaan’ adalah keyakinan aku dan dia...
Aku masih mencintai dirinya sepenuhnya...
Masih mencintai dia dengan seluruh jiwa dan ragaku...
Aku sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dirinya...
Aku masih mengiginkan kehadiran dirinya...
Aku amat mencintainya...

Jaganlah Kamu menguji cinta kami ini lagi...
Dengan dugaan-dugaan yang telah banyak kau berikan pada aku dan dia...
Jaganlah membuat diri ini menangis lagi..
kuatkan hatiku ini untuk tempuhi semua ini..

Hati ini berdegup hanya untuknya...  Bibirku hanya mengukir namanya...
Aku dahagakan cinta dan kasih sayangnya di sisi ini...
Aku tidak rela lagi dipisahkan darinya...
Dialah harapan ku...

Jaganlah musnahkan dunia impian ku dengannya selama ini...
Janganlah kamu meghukum ku kerana mencintainya...
Berikanlah kami peluang untuk mengecapi...
Kegembiraan yang amat kami impikan..

...Semoga cinta yang dicari telah ditemui...
...Semoga Allah meletakkan kita berdua di bawah Payung rahmat kasihNYA...
InsyaAllah....



Khamis, 14 Jun 2012

Jom Suka-Suka.... (,") hilangkan boring....


 TARIKH LAHIR ANDA 

* Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb 
dalam mana-mana bulan, anda adalah  No.1

* Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb 
dalam mana-mana bulan, anda adalah No.2

* Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb 
dalam mana-mana bulan, anda adalah No.3

* Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb 
dalam mana-mana bulan, anda adalah No.4

* Kalau anda dilahirkan p...ada 5Hb, 14Hb, 23Hb 
dalam mana-mana bulan, anda adalah No.5

* Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb 
dalam mana-mana bulan, anda adalah No.6

* Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb 
dalam mana-mana bulan, anda adalah No.7

* Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb 
dalam mana-mana bulan, anda adalah No.8

* Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb 
dalam mana-mana bulan, anda adalah No.9


no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. 

Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. 
Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. 
Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. 
Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. 
Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. 
Anda seorang yang kuat belanja. 
Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. 
Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. 
Anda mempunyai keluarga yang bahagia. 
Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana 
anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. 
Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. 
Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. 
Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. 
Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, 
seni dan komunikasi lisan. 
Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar,
 jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. 
Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. 
Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. 
Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. 
Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. 
Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. 
Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), 
mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. 
Semua benda yang baik akan datang pada anda. 
Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. 
Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. 
Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. 
Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan 
seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. 
Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. 
Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. 
Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang 
mengabaikan kebahagian diri sendiri. 
Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. 
Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. 
Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. 
Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. 
Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. 
Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. 
Anda memperjuangkan keadilan. 
Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. 
Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. 
Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. 
Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. 
Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. 
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. 
Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. 
Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. 
Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. 
Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. 
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.


p/s: mcm mana ada yang sama tak dengan hari-hari anda... (,")

Kelebihan Bulan Sya'ban


Kelebihan bulan Sya`ban.
(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)   
1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, 
kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis) 
2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka .  
Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga.  
Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s.  
Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban,  
dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya  
kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir,  
ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis) 
3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban  
dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).  
4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban. 
5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku.  
Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah  
menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis). 
6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan,  
siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban,  
kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa,  
maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya.  
Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan 
pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis). 
7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat  
kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan  
ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis). 
8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan  
yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam.  
Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi).  
Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis) 
9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban,  
sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya,  
dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya.  
Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya:  
"Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat  
dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu,  
kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)". 
10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban  
maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan  
orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis) 
11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada  
malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya.  
Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya,  
adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka 
Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis) 
12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas,  
ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban. 
13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban 
menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya.. 
katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan  
segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu.  
Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya,   
tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. 
Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga. 
14. Barangsiapa membaca, (Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia,  
dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)  
ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun,  
dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la 
orang benar siddiq (orang yang benar). 
15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;

1) Orang yang kekal minum arak

2) Orang yang durhaka kepada ibubapa

3) Orang yang kekal dalam zina

4) Orang yang banyak berkelahi

5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta

6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).

16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)

17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:

(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)

18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".

(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).

19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.





Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.

Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi baca surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya


(untuk amalan kita bersama)..   Selamat Beramal

Ganjaran Amalan Berpuasa Pada “3Bulan” Yang Istimewa


…3 Bulan yang istemewa itu adalah bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan…

Actions !
---
KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,
nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku &
 bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya…
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya…

 Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* * Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* * Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* * Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka 
(panjangnya setahun perjalanan).

* * Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar 
dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* * Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* * Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* * Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* * Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* * Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, 
MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* * Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di 
Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* * Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga 
dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* * Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai 
Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* * Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. 
      Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam..
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab…
hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar,
dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan,
diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada
bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah.
Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari,
lebih cantik daripada atahari seribu kali..
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab..  
moga dijauhkan Allah daripada api neraka… 
kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.  
Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan  
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab 
meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. 
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! 
Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 
70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab…
di haramkan tubuhnya daripada api neraka….

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab,

Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu..
Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu.
 Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu,
Engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
Engkau terlebih mulia atasKu…
Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".
                                                            (dari kitabRaudatul Ifkar)

...Petua Mudah Mendapat Zuriat...


Susu Kambing + Kurma

Memandangkan aku ditakdirkan lambat memperolehi cahaya mata..
 Memang aku tak sabar untuk ada anak...
Kerana kata orang tua-tua, anak ni pembawa rezeki
dan kebahagiaan dalam rumahtangga..
Sudah banyak benda dan cara aku ikhtiar
 dan cuba untuk memperolehi zuriat ini…..
Sehingga lah ada seorang rakan sekerja aku ni..
Dia pun senasib macam aku.. lambat sikit rezeki
nak menimbang cahaya mata ni…
Kawan aku pun telah mencuba petua ini.. dan hasilnya positif..

 Katanya ada petua untuk dipermudahkan mendapat anak..
Petua ni suami dia dapat daripada seorang ustaz…
Mungkin berkat kurnia dia guna petua ustaz tu kot, baru melekat...
Dan mungkin berkat usaha dan doa selama ini..
Akhirnya Allah memakbulkan usaha dia selama ini..
Tak salah kalau kita berusaha dan mencuba..
Lagipun benda ni bukan memudaratkan kesihata tubuh badan pun….

Nak tau apa petua yang ustaz tu bagi....

…… “Dengan meminum segelas susu kambing beserta segenggam kurma..
Kurma tu di'blend' bersama - sama segelas susu kambing
dan diselawat 3 kali sebelum di minum.
Niatlah dalam hati supaya dipermudahkan urusan
mendapat anak daripada Allah S.W.T.”…….


 Ustaz tu kata pada kawan aku ni..,
sekali minum sudah mencukupi.
Selebihnya perlulah berusaha dan berdoa kepada Allah..
Tapi tak salah kan kalau kita mencuba…
  Susu kambing dan buah kurma ni banyak khasiatnya…

Mungkin dengan meminum resipi susu kambing dan kurma ni..
 mana tahu rezeki aku dan suami ada...hehehe.
Apa lagi aku terus menceritakan perkara ini kepada suami akulah…
Lantas aku dan suami mencari susu kambing ini (yang fresh lagi)
Bebotol-botol pulak tu kami membelinya…
Kekadang ada yang bau..
Tapi aku paksa kan juga tekak aku ni untuk menelanya..
Kerana teringin sangant menimang cahaya mata..

Aku pun buatlah resipi ni,.
Pertama kali cuba meminumnya….memang sedaplah...
tapi agak terlalu manis lah sikit..
hehehe dari segelas adunan susu kambing dan kurma tu,
mula-mula setengah je yang mampu aku minum..
selebihnya suami  habiskan..
Yang penting niat aku ikhlas dan telah berusaha.
Aku  hanya berdoa dan bertawakal kepada Allah sahaja
 supaya dipermudahkan segala urusan..

Tapi, memandangkan ianya sedap diminum…
Bukan sekali aja, aku dan suami membuatnya..
Banyak kali lah juga kami meminumnya…
Dah banyak kali cuba meminumnya..
Aku dah boleh habiskan segelas susu kambing + kurma ini..

Inilah hasilnya susu kambing di'blend' + kurma…

Susu kambing + kurma

Alhamdulillah syukur padaNya…
Dengan apa yang diusahakan ini…
 dalam tempoh lebih kurang 1 bulan
aku dan suamicuba meminumnnya….
Pada Februari 2012…
 aku telah disahkan hamil….



....Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”...

Selamat mencuba….. 





 
Antara khasiat - khasiat susu kambing yang penting untuk
sistem badan mausia adalah :
  1. Kandungan kalsium dan potasium dalam susu kambing menolong mencegah osteoporosis atau kerapuhan tulang.
  2. Vitamin A dalam susu kambing membantu tumbesaran bayi dan kanak-kanak. Zat-zat galian yang terkandung dalam susu kambing juga mampu mengimbangi metabolisme, membina tulang dan gigi, membantu membina sel-sel darah, tisu-tisu badan serta membantu menajamkan fikiran dan peningkatan fungsi otak (bagi pelajar).
  3. Pengambilan susu kambing yang kerap menolong wanita mengembalikan zat besi semasa kedatangan haid setiap bulan, kekurangan darah (anemia), pendarahan semasa kehamilan serta pendarahan yang banyak selepas bersalin (pendarahanpostpartum).
  4. Susu kambing membekalkan lemak sebagai pembakar dalam badan, protein untuk pertumbuhan otot, karbohidrat untuk tenaga dan zat galian untuk pembinaan badan.
  5. Susu kambing mengandungi asid nikotinik yang berfungsi membantu pencernaan, meningkatkan kesihatan pada kulit, kelihatan cantik dan berseri.
  6. Susu kambing mengawal sepenuhnya asid hidroklorik dalam perut, mengekalkan kekuatan pesakit dan meminimumkan ketegangan pada otot yang dijangkiti.
  7. Susu kambing juga sangat baik untuk penyakit ekzema(kegatalan pada kulit).
  8. Susu kambing mengandungi enzim, vitamin dan zat galian yang menolong mengawal metabolisme kolesterol.
  9. Selenium yang wujud dalam susu kambing sebenarnya adalah mineral yang amat penting dalam melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara punca utama kanser dan penyakit-penyakit kronik yang lain pada manusia. Melalui amalan pengambilan selenium setiap hari, didapati peratusan akan dihinggapi penyakit-penyakit tersebut berkurangan.
  10. Disyorkan kepada mereka yang mengalami beberapa penyakit seperti asma, demam kuning, hepatitis, radang sendi, batuk, rasa letih dan lesu, ulser, diabetes, hilang selera makan,migrain, buasir, sinus, cirit-birit dan bronkitis.




Antara kebaikan dan khasiat buah kurma adalah :


Adalah amat baik sekali jika anda mengamalkan
memakan buah kurma semasa mengandung
kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.
Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan
buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan…
malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.
Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis,
apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis-manis yang lain.


Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:


1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.



  • Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
  • Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.
  • Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.