Sifat Buruk Wanita - WAJIB TAHU BAGI LELAKI DAN WANITA
Enam Jenis Sifat Buruk Wanita Yang
Perlu Dijauhi
Ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.
Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat buruk ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat buruk wanita itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.
1. Al Nananah
- wanita yang banyak mengomel
itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua
tidak kena dan tidak berpuas hati. Buruk sungguh sifat wanita seperti ini.
2. Al Manah
2. Al Manah
- wanita sebegini yang
menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak
berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang
dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan
tinggi dan bergaji besar. Ini antara sifat buruk wanita yang terkutuk.
3. Al Manaqah
3. Al Manaqah
- wanita ini
berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada.
Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita
sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan
kemampuan suaminya. (Saya teringat satu masalah dulu wujud kumpulan pencari
suami bergelar datuk. Dalam kumpulan ini ada beberapa orang wanita yang sudah
beristeri yang juga turut berminat untuk mendapatkan suami bergelar datuk dan
berkedudukan).
4. Al Hudaqah - wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.
5. Al Basaqah
4. Al Hudaqah - wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.
5. Al Basaqah
- wanita sebegini yang
suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya
tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan
untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka
dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula
ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
6. Al Salaqah
6. Al Salaqah
- wanita yang mulut
becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis-majlis keramaian.
Selalunya wanita ini cuba
memonopolikan majlis. Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang
dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
Semoga kita tidak akan ditemukan dijodoh ataupun mendapat menantu dengan wanita yang memiliki sifat-sifat demikian. Walahu'alam.
Semoga kita tidak akan ditemukan dijodoh ataupun mendapat menantu dengan wanita yang memiliki sifat-sifat demikian. Walahu'alam.
p/s: Buat wanita-wanita, Gadis-gadis,
Perempuan-perempuan
.... dan juga diri ini :) ....
.... dan juga diri ini :) ....
semoga sifat-sifat ini jauh dari kita -tidak
tergolong dalam sifat2 ini- ,
agar kita menjadi seorang yang amat istimewa dan sempurna
dimata kaum lelak - terutama suami kita- ….
agar kita menjadi seorang yang amat istimewa dan sempurna
dimata kaum lelak - terutama suami kita- ….