Lumrah bagi
seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum
penimbang berat badan.
Ditambahkan pula
jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak
keruan dengan niat dipasang untuk berdiet.
Pelbagai
ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan
di pasaran.
Rakan-rakan pula bertindak sebagai
penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama
tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini.
Tidak kurang juga
pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui
pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Segala nasihat diikuti, tetapi
malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri.
Anda mula mempersoalkan keberkesanan
dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda.
Mengapa Si A berjaya mengurangkan
berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya
dipatuhi?
Mungkin apa yang kurang adalah anda
tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda.
Diet berdasarkan golongan darah
pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D Adamo yang menjalankan
penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku
terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.
Lektin adalah protein yang terdapat
pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang.
Setiap protein makanan yang diserap
tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.
Dalam bukunya, "Eat Right For
Your Type" yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang
dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki
tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang
dimiliki.
Menurutnya, diet yang tidak berjaya
berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang
tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap
kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai
komplikasi lain.
Ini berbeza dengan pengambilan
makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif
antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan
peningkatan daya tahan lawan penyakit.
Selain itu pengambilan makanan yang
bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi
sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.
Darah terdiri daripada empat jenis
iaitu A, B, AB, dan O.
1-
Diet Untuk Golongan Darah 'A'
·
Dr. Peter J.D'Adamo
dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian
dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
·
Ini kerana jika
kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah
perut.
·
Menurut beliau lagi,
golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir
lebih banyak berbanding jenis darah lain.
·
Keadaan ini
menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi
telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
·
Selain itu sumber
makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti
yang terbatas.
·
Individu dengan jenis
darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian
seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau
ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang
dan bijirin dan susu kacang soya.
·
Individu darah jenis
ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
·
Makanan yang harus
dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih,
cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang
merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak
jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
- Memiliki
sistem pencernaan yang sensitif
- Perlu
menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
- Dianjurkan
menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi,
namun rendah lemak
- Mengurangkan
stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
- Cukup
beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan :
Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek :
Jus anggur / kopi
Makan
Tengah Hari : Salad dan
roti gandum satu potong serta teh herba
Snek :
Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan
Malam : Pasta
tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
2-
Diet Untuk Golongan Darah 'B'
Berbeza dengan individu darah jenis
A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D'Adamo
menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan
dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki
kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri
khas golongan darah B:
·
Dianjurkan untuk
melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan
pengambilan daging.
·
Disarankan mengambil
makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
·
Olahraga yang sesuai
dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
·
Untuk mengatasi
stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat
mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka
disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang
banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah
daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue
chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras
merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu
dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur
puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak
kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga
matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah,
makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan
jagung.
Menu
diet yang dianjurkan:
Sarapan : Bijirin
dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek :
Jus anggur
Makan Tengahari : Sepotong dada ayam dan
dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek :
Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan
Malam : Sepotong
ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
3-
Diet Untuk Golongan Darah 'AB'
Pola makan pemilik golongan darah
AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
Penyakit yang berisiko dijangkiti
adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang
dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu
fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya,
minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh
dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini,
harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua
produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula
perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan
gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas
individu jenis darah AB:
·
Memiliki sistem
pencernaan yang sensitif
·
Disarankan untuk
mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
·
Untuk lebih
bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu
diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air
limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek :
Yogurt
Makan
Tengahari : Dada ayam
empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek :
Kek keju dan teh herba
Makan
Malam : Omelet
dan salad buah serta kopi
4-
Diet Untuk Golongan Darah 'O'
Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan
agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi,
mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali
daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun
menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar
pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis
O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo
turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli,
sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini,
telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah
mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu
mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri
khas golongan darah O:
- Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding
golongan darah jenis lain
- Mudah mengadaptasi berbagai makanan
- Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
- Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah
karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
- Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis
jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu
diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua
potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek :
Teh herba
Makan
tengahari : Sepotong
daging panggang, salad bayam dan epal
Snek :
Sepotong kuih
Makan
Malam : Sepotong
daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh
herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh
Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian
daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa
yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.
Pemakanan sihat hakikatnya adalah
mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama,
mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko
penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang
bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan
tabiat makan yang sihat.
Justeru, terpulanglah kepada anda
sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D 'Adamo ataupun tidak.