Khasiat Ayat Kursi
Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar
disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan
tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada
yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya.
Ia maha mengetahui segala apa
yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi
ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya.
Lebih luas kerusinya darilangit
dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya.
Ia maha Tinggi dan maha Besar.
[Allah!
There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber
can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is
there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what
(appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they
compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend
over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving
them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah.
Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai
dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan
kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu
alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran
iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada
terdapat sembilan puluh lima
buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat
KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang
megah lagi yang mempunyai martabat.
Khasiat Ayat Kursi:
1. Sesiapa
yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu,
setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali
masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan
syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari
kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara
dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian,
kebakaran dan kekaraman.
2. Terdapat
keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca
ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup
berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya,
dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan
kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
3. Salah
seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah
r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng
pertahanan Rasulallah s.a.w.
4. Syeikh
Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan
kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka
inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang
dipelajari.
5. Sesiapa
yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan
dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan
syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa
marahnya.
6. Syeikh
alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170
huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan
menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya,
dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
7. Barang
siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua
malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
8. Abdurahman
bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada
empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan
pelindung syaitan.
9. Syeikh
Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia
membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris.
Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap
kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170
kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
10. Syeikul
Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi
sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi
Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani,
dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab
Khawasul Qur’an)
- Selamat Beramal -