Jumaat, 6 Julai 2012

HadirNya Hanya Sementara


17 Jun 2012
..Ya Allah... tabahkanlah hati,jiwa dan perasaan ku ini
Untuk menempuhi ujian dan dugaan hidup dariMu..
Hari ini sudah memasuki 36 hari dari menempuhi
dugaan hidup dariNYA untuk aku dan suami...
Kesedihan, kesakitan itu masih lagi dapat aku rasakannya..
Mungkin ingatan ini tidak akan terpadam buat selama-lamanya...
Kerana itu satu ujian dan dugaan yang berat dariNYA...
Untuk aku dan suami perlu menghadapinya..

“Dia hadir dengan satu penantian yang agak lama..
Dia hadir dengan tidak disangka...
Dia hadir dengan membawa satu harapan yang baru..
Tapi.., dia juga pergi dalam sekelip mata..”

Tanpa aku dan suami belum merasai dengan sepuasnya..
Satu kehadiran baru yang akan hadir dalam hidup kami berdua...
Kenapa ini semua terjadi pada diri ku?...
“adakah Tuhan hanya ingin menguji sejauh mana
Kesetiaan,kesungguhan keinsafan aku padaNYA..”
Hanya itu yang menjadi kekuatan untuk
aku hadapinya...

Tapi kenapa begitu berat ujian ini untuk aku dan suami...
Kegembiraan yang sedang aku kecapi bersama suami ini.
amat bermakna untuk kami...
kerana sudah lama kami menanti kehadirannya
dengan penuh kesabaran...

Bila sahaja mengetahui ia akan hadir dalam hidup kami...
Hannya syukur padaNYA...
Yang mampu aku dan suami ucapkan...
Hari-hari yang kami lalui pastinya dengan
Senyuman kegembiraan...
Dengan sabar menanti hari kehadirannya
pada Oktober 2012 nanti...

Pada malam 6 Mei 2012.. aku dan suami ke klinik...
Kerana ingin mengetahui keadaan kesihatan
bayi dalam kandungan aku ini..
Disebabkan pada petang selepas pulang dari kerja..
Aku hadapi sedikit bliding..
Ia menjadi kerisauan yang amat sangat untuk aku...
Kerana tidak mahu apa-apa berlaku pada
bayi yang aku kandung ini...
yang sudah genap 17minggu (4 bulan lebih)..

Dalam menuju ke klinik, hati aku..Jiwa aku amat risau...
Bermacam-macam yang aku fikirkan..
Yang pasti aku tidak mahu..
Kegembiraan orang yang amat aku ‘sayang’ musnah... 
Anak ini adalah satu harapan yang baru untuk kami berdua...

Setelah nama aku dipanggil masuk...
Degupan jantung aku begitu kuat sekali...
Setelah Doktor membuat pemeriksaan dan scan kandungan aku...
Nyata sama sekali apa yang aku risaukan...
Apa yang aku bimbangkan... memang benar terjadi..
Doktor mengatakan bayi aku tidak lagi mempunyai degupan jantungnya..
dan saiz nya terlalu kecil untuk kehamilan aku pada saat ini..
yang sudah memasuki 17 minggu ini..
Aku dan suami kuatkan hati dan tabah..
Mendengar apa yang ingin diberitahu tadi..
Dan apa yang telah kami berdua lihat dari scan itu...

Kami pasrah dengan apa yang akan terjadi..
Hanya air mata dan kesepian yang
Menemani aku dan suami pada saat itu..
Hanya Tuhan yang mengatahuinya...
 
Pada 14 Mei 2012, aku dimasukkan ke wad..
Aku telah disahkan Doktor yang aku
Mengalami keguguran “Complete Miscarriage”...
Bayi aku sudah tidak mempunyai degupan jantung lagi..
Aku perlu membuangnya (mencuci rahim)..
Aku redha.....

 
Hanya perasaan ketakutan, kerisauan,kesedihan dan kesakitan...
Bercampur bau dalam diriku..
Kerana pada 15 Mei aku perlu menjalani proses penyucian
dan aku perlu dimasukkan ke bilik Opration..

Tepat-tepat jam 5.00 pg, aku dikejutkan Doktor dari tidur
untuk dimasukkan ubat untuk memudahkan bayi aku keluar...
Pada jam 7.11pg... kesakitan yang amat sangat
Aku rasakan pada saat itu...
Aku hanya mampu menghubungi suami..
Mengatakan aku sedang sakit pada saat itu..
Ini kerana di dalam wad orang lelaki tidak dibenarkan menunggu..
Dan tidak ada sesiapa yang menuggu aku pada hari itu..
Giliran aku untuk kebilik Operation pada jam 12.30 tgh...

Sebelum aku dimasukkan ke dalam bilik Operation..
Umi,adik aku datang menjenguk aku..
Dan bebarapa minit diikuti ‘suami’ aku..
Setelah melihat kelibat suami aku..
Kesakitan yang aku tanggung ini dapat aku tahan...


Belum sempat aku nak ke bilik Opratiaon..
Aku rasakan satu ketulan besar telah keluar..
Sungguh aku tidak sangka itu adalah bayi yang aku kandung..
Alhamdulillah dia keluar tanpa aku perlu menyucikan rahim aku..
Aku hanya menahan sebak apabila melihat Bayi aku...
Kenapa hanya sekejap Tuhan memberi aku merasa
Untuk menjadi seorang IBU...?

Kegembiran untuk menjadi
‘ibu bapa’  masih tidak dapat aku dan suami rasakan..
Rezeki kami masih tidak ada..
Walau apa yang berlaku kami berdua, pasrah dan redha..
Mungkin ini ujian dan ada hikmat dari Yang Maha Esa..
Apa yang pasti aku dan suami tidak akan berputus asa..
Harapan doa kami agar..
Tahun depan rezeki untuk kami menjadi ‘Ibu Bapa’ akan terlaksana...
Pengalam untuk menjadi seorang IBU sudah dapat aku rasakan dalam masa 3bulan ini...
Semoga rezeki aku masih ada.....
 
“HANYA DOA DAN KESABARAN MENGIRINGI APA YANG KAMI USHAKAN..
TUHAN TELAH MENETUKAN SEGALA-GALANYA..”

Bila aku membaca nota yang di tulis dari nya…
Mengalir air mata ini.. Menahan sebak…
Kegembiraan yang kami rasa..
Hanya sekejap ianya hadir dalam hidup kami berdua..
Mungkin ada hikmah disebalik dugaan dan ujian
yang diberi oleh yang Maha Esa..
Kami pasrah dan redha..
Ayang minta maaf abang.. kegembiraan ini masih tidak
dapat ayang sempurnakan..
Semoga tahun depan rezeki kita masih ada untuk
Mengecapi ini semua..