Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang.
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah
(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan
meninggalkan larangan-Nya),
nescaya akan diberikannya kelapangan
(jalan keluar dari segala perkara yang
menyusahkannya).
Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka.
Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah
diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk
menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang
di kehendaki-Nya.
- (Ayat 2 & 3 Surah
At-Talaq) -
Ayat 2 dan
3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’
merupakan amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan
diri.
Ramai yang
mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan
kemurahan rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah.
Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau diamalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal dengan ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
Bacalah ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali. Barangsiapa yngg sentiasa membaca ayat seribu dinar
Hikmah Ayat 1000 Dinar
Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman
Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar
‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.
- Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
- Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
- Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
- Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
- Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
- Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
- Baca ketika hendak tidur tiga kali,
- Baca ayat ini
ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya
tiga kali.
.
Amalan
Ramai yang menghafal ayat ini untuk
dibaca dimasa-masa yang sesuai,
seperti selepas solat dan ketika berdepan
masalah.
Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan
pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan
perniagaan bertambah maju.
Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000
dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur
dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita
mengamalkan ayat 1000 dinar.
Tujuan
menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk
bertaqwa dan bertawakkal.
Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali
dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan
cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.
Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik
doa untuk segala masalah.
Walaupun
begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah.
Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa
yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.
Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada
kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca.
Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal
dapat dibaca
Sejarah Dinamakan 1000 Dinar
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar.
Pedagang itu pun bersedekah wang
sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu,
sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir
pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk
diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan..
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi
berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu
menaiki kapal.
Di tengah pelayaran ia dilanda angin taufan
yang sangat dahsyat.
Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah
bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah
diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak,
semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut.
Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya
terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak
rosak walau sedikitpun.
Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat
Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu.
Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di
negeri tersebut
Pendapat Ulama’
Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000
dinar.
Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk
memperolehi kejayaan atau keuntungan.
Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para
alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari
al-Quran atau hadis.
Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan
merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang
banyak.
Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang
tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat
Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam
setiap tindak tanduk dan perbuatan.
Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya
kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan
rezeki dan kebergantungan.
Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah
dalam hidup setiap hambaNya.
Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka
sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.