Rabu, 26 Disember 2012
Khamis, 20 Disember 2012
Mabuk Hamil Lagi...
Sebelum itu.. aku bersyukur sangat-sangat pada Yang Maha
Esa..
Kerana telah menganugerahkan kehamilan kali ke-3
lagi pada aku dalam tahu 2012 ini. Syukur pada Mu Ya
Allah..
Diatas rezeki yang kau beri.. semoga kehamilan ini…
Tidak akan berlaku lagi seperti kehamilan yang sebelum
ini..
Sekali lagi aku telah hamil untuk kali ke-3 pada tahun
ini..
Sekarang kehamilan aku sudah masuk 7 minggu..
Alahan yang aku dapat sama macam pertama
kali aku hamil bulan dua 2012..
Untuk kehamilan ini.. memang aku dan suami amat
memerlukanya pada tahun ini juga..
Alhamdulillah rezeki masih ada…
Aku amat gembira dengan kehamilan aku sekarang..
Kekadang terasa juga takut nya itu..
Ya lah sudah dua kali aku alami keguguran…
Itu pun dalam tahun yang sama juga…
Suami tidak mahu aku mengharap lebih-lebih sangat..
Kerana kandungan ini masih lagi awal..
Pada masa ini aku perlu rehat yang cukup
dan menjaga diri dengan sebaiknya..
Pada tika ini.. aku tengah diserang morning sickness..
nak makan semua tak lalu.. bila makan .. muntah…
Aku perlu kuatkan diri… aku amat memerlukan anak ini…
Semoga kehamilan aku kali ini sihat sepenuhnya..
Semoga Allah menjaga kehamilan aku ini sehingga
dia lahir pada bulan Ogos 2013 nanti..
Harap akan lahir penambah penyeri dalam rumahtangga aku
nanti..
Insyaallah.. Hanya pada Allah mampu aku berserah...
Insyaallah.. Hanya pada Allah mampu aku berserah...
Khamis, 13 Disember 2012
...Derita adik aku Part iv...
Pada petang semalam jam 5.00 pm umi aku menelifon aku..
Mengatakan adik aku sudah dimasukkan ke dalam bilik bedah..
Suasana sayu dan pilu sangat, suara yang aku dengar..
Air mata ini terus mengalir..tidak dapat lagi menahan
kesedihan..
Sungguh pilu aku rasakan.. kerana aku tidak dapat berada
di sana..
Untuk menemani tempoh pembedahan keatas adik aku..
Aku hanya mampu berdoa dan membacakan Yasin disini
sahaja..
Semoga pembedahan yang akan dijalankan berjaya..
Semoga semuanya selamat…
Setiap kerja aku di Putrajaya tak menentu..
Hati aku begitu rungsing..
Aku tidak mahu apa-apa berlaku pada aku nanti..
Ingin saja aku pulang ke kampung..
Tapi keadaan tidak mengizinkan kerana kerja dan
cuti sudah tidak ada lagi...
Pada jam 8.35 pm.. sedang aku menunggu untuk solat
Insyak..
Suami aku menelefon aku..
Dengan berdebar aku menjawab panggilan..
Aku terus menanyakan bagaimana keadaan adik aku..?
Syukur pada Mu YaAllah.. Alhamdulillah.. pembedahan
selamat…
Tapi adik aku masih lagi dalam keadaan koma..
Dan tidak tahu bila dia akan sedar semula..
Semua bergantung pada kekuatan dirinya..
Semoga adik aku tabah dan kuat semangat
untuk menempuhi semua ini..
Semoga dia cepat sedar.. dan sihat seperti biasa..
Semoga Allah panjangkan usia adik aku Aishah..
Tak sabar untuk aku tunggu hujung minggu...
nak balik kampung tengok keadaan dia..
Rabu, 12 Disember 2012
...Derita adik aku Part III...
Pada 7/12/12 aku pulang ke kampung untuk melihat
adik aku yang sedang sakit berada di ICU..
dalam perjalanan pulang ke kampung..
dalam kul 7.15 pm.. umi aku menelifon mengatakan
adik aku sudah keluar wad ICU dan ditempatkan
di wad 28 (Wad biasa)..
Syukur Alhamdulillah lega hati aku…
Pada petang sabtu aku pergi melawat adik aku..
Dalam hati aku mungkin keadaan adik aku
sudah sihat dari sebelum ini..
setelah aku mengjenguk dia..
luluh hati ini..keadaan dia masih tetap sama..
fizikal dia teruk sangat.. badan dia begitu lemah..
disebabkan 5 hari dia tak tidur..
Ya Allah begitu berat dugaan yang kau beri untuknya..
Aku sempat bercakap dengan dia, aku mengelap
dia dengan tuala basah.. aku mengurut dia..
Hanya dia sahaja merasa kesakitan yang dialaminya itu..
Kami hanya mampu berdoa untuk kesihatan nya…
Semoga adik aku Aishah cepat sempuh…
Kami sekeluarga sedikit gembira kerana dik aku
tidak lagi menggunakan wayar untuk pernafasan..
semoga dengan penigkatan yang diberinya ini..
semakin positif…
Pada pagi ahad jam 5.00a.m ada satu no yang tak
dikenali menghubugi telifon suami aku...
dengan serta merta suami aku kejut aku dari tidur..
mengatakan adik aku tidak sedarkan diri sedang koma..
aku bergegas mengejut adik aku yang lain dari tidur untuk terus ke Hospital..
Sampai sahaja kami di hospital aku terus mendapatkan
Umi aku menanyakan keadaan adik aku..
Keadaan suasana pilu sedang menyelubungi kami sekeluarga...
Aku terus pergi melihat adik aku..
5 orang doktor sedang mengusahakan untuk
menyelamatkan adik aku..
disetiap katil adik aku.. penuh doktor sedang berdiri untuk
memberi pernafasan padanya..
disebabkan 20minit jangtung adik aku stop..
Kami sekeluarga hanya mampu berdoa
dan membacakan Yasin untuknya..
Aku tetap berada disamping adik aku..sehingga jam 10am..
tapi keadaan semakin kritikal...
Doktor mengambil keputusan untuk
memasukkanya kembali ke wad ICU..
Ya Allah jika sudah tiba masanya untuk adik aku pergi
di jemput Mu Ya Allah..
kau ambillah nyawanya dengan sempurna..
Kau jauhilah kesakitan yang ditangguninya itu..
untuk dimasukkan kembali wayar-wayar kedalam hidung,mulut..
dicucuk semua tempat badanya...
Tidak sangup aku melihat keadaan adik aku diperlaku sebegitu..
Pada jam 1.15 Pm.. adik aku ditolak masuk ke wad ICU..
Kami sekeluarga mengeringinya..
aku hanya mampu berdoa supaya dia cepat sedar dari koma..
kenapa.. ini semua berlaku...
Pada hari ini 12/12/12 adik aku sedang menuggu giliran
untuk di oprate sekali lagi..
kami dimaklumkan doktor.. bekas perut yang dioprate sebelum ini
dipenuhi dengan nanah.. dan terpaksa dioprate untuk kali ke-2..
untuk mengelak kuman merebak ke jantung dan tempat lain..
Dalam keadaan koma tak sedarkan diri dia akan di oprate..
Hanya itu pertanyaan yang sering keluar dari mulut ini..
Aku tak sanggup jika apa-apa berlaku pada adik aku..
Semoga semunya berjalan dengan baik..
Agar pembedahan yang akan dijalankan berjaya..
"Ya Allah.. Kau Panjangkanlah umur adik aku Aishah..
Sembuhkanlah penyakitnya secepat mungkin..
Ya Alllah.. kau sedarkanlah adik aku Aishah dari koma..
Selamatkanlah pembedahan yang akan dijalankan
kepadanya bila-bila masa nanti..
Permudahkanlah setiap urusannya Ya Allah..
Kami sekeluarga amat menyayangi dirinya... "
-Amin Ya Rabbal Alamin-
Rabu, 5 Disember 2012
Jenis Darah
JENIS-JENIS DARAH MANUSIA
* Darah A -
hanya dapat menderma kepada mereka
yang berdarah A dan AB dan
menerima darah A dan O sahaja.
* Dar h B - hanya dapat menderma kepada mereka yang berdarah B dan AB dan menerima darah B dan O sahaja.
* Darah AB - dikenali sebagai Penerima Universal kerana dapat menerima darah A, B, AB dan O.
* Darah O - dikenali sebagai Penderma Universal kerana dapat menderma ke semua jenis darah A, B, AB dan O dan menerima darah O sahaja.
* Dar h B - hanya dapat menderma kepada mereka yang berdarah B dan AB dan menerima darah B dan O sahaja.
* Darah AB - dikenali sebagai Penerima Universal kerana dapat menerima darah A, B, AB dan O.
* Darah O - dikenali sebagai Penderma Universal kerana dapat menderma ke semua jenis darah A, B, AB dan O dan menerima darah O sahaja.
Jenis darah
|
Genotype
|
Antigens
|
Serum Antibodi
|
A
|
AA, Ao
|
A, H
|
anti-B
|
B
|
BB, Bo
|
B, H
|
anti-A
|
AB
|
AB
|
A, B, H
|
-
|
O
|
oo
|
H
|
anti-A, anti-B
|
Sebagai panduan:
Jenis A - Ada antibodi terhadap B. Boleh menerima A dan O.
|
|
Jenis B - Ada antibodi terhadap A. Boleh menerima B dan O.
|
|
Jenis AB - Tidak ada antibodi. Boleh menerima A, B, AB
dan O. Dipanggil universal recipient kerana boleh menerima
semua jenis darah lain.
|
|
Jenis O - Ada
antibodi terhadap A, B dan AB. Boleh menerima O sahaja. Dipanggil universal
donor kerana boleh menderma kepada semua jenis darah lain.
|
Organ penderma juga bergantung kepada jenis darah seperti
di atas. Contohnya, buah pinggang penderma dari jenis darah B tidak boleh
diberi kepada pesakit berdarah A. Bagaimanapun, didapati pemindahan organ hati (liver)
tidak bergantung kepada sistem darah ABO ini.
Jenis darah dan mengenali
keperibadian
Golongan darah ternyata menentukan cara orang berpikir, berucap dan
bertindak. Hal ini terutama diyakini oleh orang-orang Jepun secara lebih
terperinci. Praktik pemilihan golongan darah ini dilakukan oleh mereka pada
saat akan merekrut tenaga kerja untuk menentukan golongan profesional.Untuk jenis posisi tertentu, jenis golongan darah yang diperlukan
akan berbeza dengan untuk posisi lainnya.
Kerana menurut keyakinan orang Jepun,
tidak semua golongan darah dapat bekerja sama baiknya di semua posisi.
Furukawa Takeji yang pertama kali meneliti dan menyatakan
bahawa golongan darah seseorang akan mempengaruhi
keperibadian dan karakter orang tersebut secara langsung .
DARAH
A
Ketika kecil, orang yang berdarah jenis A biasanya suka
bercampur gaul dengan orang lasak.
bercampur gaul dengan orang lasak.
Selepas memperolehi sesuatu pekerjaan dan kaya dengan
pengalaman hidup,
orang seperti ini dapat mengawal perasaan sendiri dan lebih bersifat matang.
Bagaimanapun, ketika tua kelak, orang yang berdarah jenis A ini
akan menunjukkan sikap yang degil dan keras kepala.
orang seperti ini dapat mengawal perasaan sendiri dan lebih bersifat matang.
Bagaimanapun, ketika tua kelak, orang yang berdarah jenis A ini
akan menunjukkan sikap yang degil dan keras kepala.
Biasanya orannya serius dan penyabar, tegas dan dapat
dipercayai,
berfikir secara menyeluruh, konsisten, keras kepala.
berfikir secara menyeluruh, konsisten, keras kepala.
Orang golongan darah A ini biasanya suka menyendiri kerana
memiliki idealisme .
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam
hidupnya.
Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan
dan juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.
dan juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.
Anda bijak bergaul dengan individu disekeliling dan
ternyata
mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam
diri anda itu
melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu
yang memiliki keperibadian penyayang.
melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu
yang memiliki keperibadian penyayang.
Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu
kuat bekerja
sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.
sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.
Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan.
Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu,
kesihatan diri pula yang terabai.
Cara
Berkomunikasi dengan Orang Bergolongan Darah A
·
Jangan
mengangkat topik yang konfrontatif, misalnya, topik kontroversial kerana mereka orang yang tidak suka membuat
konfrontasi dengan lawan bicara.
·
Gunakan
kata-kata yang relatif sopan kerana mereka sangat sensitif dan terkadang
konservatif sehingga kata-kata yang tidak sesuai dengan standard kesopanan
minimal akan dapat menyinggung mereka.
·
Jika
menjawab usahakan dengan lengkap dan bermakna kerana mereka adalah orang yang
sangat sempurna dan kurang menyukai hal yang setengah-setengah.
·
Mintalah
pandangan dan pendapat mereka kerana mereka sangat kreatif untuk hal ini dan
dengarkan dengan saksama ketika mereka menjelaskan.
·
Jangan
melebihi mereka saat menyampaikan sesuatu. Maksudnya, jangan sampai mereka
merasa dilampaui dalam hal kepintaran dan pengalaman, misalnya.
·
Hargai mereka
dengan memuji seperlunya kerana pujian yang berlebihan akan membuat mereka ragu
dengan ketulusan si pemuji.
DARAH
B
cukup bahagia dan seronok.
Apabila meningkat dewasa, orang yang berdarah jenis B ini
secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu,
jenis suka berterus terang dan satu lagi jenis,
lebih suka memencilkan diri dan tidak gemar bercampur gaul dengan orang ramai.
Orang yang berdarah jenis B tidak menunjukkan perubahan sikap
yang ketara daripada usia kanak2 hingga tua.
Ini bererti, walaupun usia semakin meningkat,
namun mereka kelihatan masih berjiwa muda.
Biasanya berkarakter ingin tahu, memilik banyak ketertarikan di pelbagai bidang,
semangat biasanya cepat naik tetapi juga cepat padam,
selalu ingin menjadi orang yang superior dan diperhatikan dari orang lain.
Simple! Itulah ungkapan yang paling tepat untuk anda .
Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.
Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu
jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan,
anda lebih gemar melaksanakannya denga cara anda sendiri.
Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda
untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok
golongan tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial.
Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar
meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah
buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri.
Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh
menyelesaikannya secara bersendirian.
Cara
Berkomunikasi dengan Orang Bergolongan Darah B
yang berbeza dengan mereka yang bergolongan darah A.
Mereka lebih praktis, egois, kreatif, optimis dan bebas dalam berfikir.
Mereka juga memiliki kecenderungan mengerjakan segala
sesuatu secara individual.
Oleh karena itu, di Jepun, untuk membentuk sebuah kumpulan
yang kuat sehingga motto yang digagas John C. Maxwell: teamwork makes the dream work benar-benar menjadi kenyataan, orang golongan darah B ini biasanya kurang dilibatkan.
Untuk lebih jelas, gaya komunikasi dengan orang bergolongan
darah B berikut dapat dijadikan pedoman:
” Mulailah pembicaraan dengan runtun,
jangan melompat-lompat kerana mereka kurang menyukai
hal-hal yang tidak teratur.
” Jangan memulai pembicaraan tanpa mengakhirinya.
” Gunakan data-data tepat, bukan rekaan.
” Jika mengajak kerjasama, pastikan bahwa mereka bersedia.
” Berbicaralah kepada otaknya bukan hatinya.
Gunakan lebih banyak fakta rasional daripada sosial.
” Jangan menggunakan gaya bicara yang terburu-buru.
Orang dengan golongan darah B lebih suka mendengarkan uraian rinci dan runtun.
Mereka suka ada awal dan akhir dari sebuah percakapan.
Kerana mereka sangat prihatin dengan apa yang telah dimulai untuk dapat diakhiri.
Mereka tidak suka orang yang berbicara secara tidak jelas
dan tanpa pertimbangan rasional kerana mereka lebih
menggunakan logik daripada perasaannya.
DARAH
AB
Manakala bagi orang yang berdarah jenis AB pula,
mereka dilihat takut pada orang asing semasa kecil dan tidak suka bercakap.
mereka dilihat takut pada orang asing semasa kecil dan tidak suka bercakap.
Tetapi sikapnya berubah dengan ketara apabila suka berkawan
dengan ramai orang dan gemar melalui pergaulan yang bebas.
dengan ramai orang dan gemar melalui pergaulan yang bebas.
Orang yang berdarah jenis AB bersikap optimis dan mudah
berpuashati.
Bersikap sombong dan tidak mahu dengar nasihat orang lain ketika tua.
Bersikap sombong dan tidak mahu dengar nasihat orang lain ketika tua.
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang
jelas terpancar
dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan
individu
yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.
yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.
Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan
sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri
anda itu.
Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri.
Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri.
Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda
sendiri.
Biasanya memiliki perasaan yang sensitif,
memilik perhatian terhadap sesamanya, jiwa sosial yang tinggi,
terkadang suka memaksakan diri sendiri dalam mencapai sesuatu,
orang yang memiliki golongan darah AB biasanya berfikir serius dalam
menghadapi permasalahan.
memilik perhatian terhadap sesamanya, jiwa sosial yang tinggi,
terkadang suka memaksakan diri sendiri dalam mencapai sesuatu,
orang yang memiliki golongan darah AB biasanya berfikir serius dalam
menghadapi permasalahan.
Gaya
Komunikasi dengan Orang Bergolongan Darah AB
orang-orang dengan golongan darah AB tentu masih dapat diambil ‘hatinya’ ketika kita berkomunikasi dengan mereka agar mencapai tujuan yang ingin kita raih.
Gaya komunikasi yang perlu diterapkan adalah seperti tersebut di bawah ini:
·
Pertama-tama,
ikuti dulu alur pembicaraan mereka.
·
Selanjutnya,
berbicaralah secara tegas kerana mereka mudah berubah-ubah.
·
Bicaralah
tentang seni dan metafisika untuk memulai percakapan yang lebih panjang jika
hal itu diinginkan.
·
Jika membuat janji, pastikan mereka
memahaminya dan setuju.
·
Jangan
ambil keputusan sepihak kerana mereka termasuk orang yang suka menentukan
sebuah keputusan secara sepihak. Diskusikanlah dengan sinergis.
·
Jangan terlalu
banyak mengumbar kata dan janji kerana mereka sulit mengingat, apa lagi
menjalankan kewajiban yang semakin banyak.
Namun, hal ini tentu sangat kasuistis dan geografis.
Hanya saja, dengan memahami karakteristik orang dengan golongan darah ini,
banyak hal yang dapat dilakukan untuk tidak menuai kekecewaan nantinya
di kemudian hari jika ternyata karakter itu benar adanya.
Dan bagi mereka dengan golongan darah AB tentu dapat
melakukan introspeksi diri untuk memperbaiki hal-hal negatif
yang benar sesuai dengan penjelasan di atas.
DARAH
O
oleh orang yang berdarah jenis O.
Tetapi selepas usia semakin meningkat, mereka akan cuba
menunjukkan kelebihan sendiri dan mempunyai prinsip
tanpa dipengaruhi oleh orang lain.
Malahan tidak mustahil mereka akan menjadi orang yang berwibawa dan berpengaruh.
Dari kecil hingga tua, orang berdarah jenis ini umumnya tidak
sombong dan patuh pada nasihat orang lain tetapi bersikap keras semasa tua.
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai
individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin
menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan
khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk
mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia
mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.
Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar
tidak dikuasai dengan tekanan.
Orang ini biasanya memiliki sifat sosial yang cukup tinggi,
mudah bersosialisasi dengan orang lain, pintar menutupi sesuatu,
biasanya orang ini terlihat tidak pernah memiliki masalah,
orang ini biasanya sabar dan baik hati.
Gaya
Komunikasi dengan Orang Bergolongan Darah O
Ketika berhadapan dengan orang bergolongan darah O yang penuh semangat
dan percaya diri, terus terang, optimistis, terkadang egois dan kreatif,
hal-hal berikut dapat dijadikan pedoman:
·
Berbicaralah
dengan semangat dan penuh vitalitas. Kerana mereka kurang menyukai orang-orang
yang terkesan lemah, letih, lesu, lemas, letoy, dan loyo yang dianggap tidak
dapat mengikuti rentak mereka yang penuh dengan energi.
·
Jangan
gunakan kata-kata negatif dan pesimis kerana kelompok kata itu tidak terdapat
dalam kamus mereka yang penuh dengan semangat positif dan optimis.
·
Ketika
mengikat sebuah kontrak, pastikan dengan tegas bahwa mereka komit dengan apa
yang telah disepakati dan dapat bertanggung jawab atas penyelesaiannya.
·
Berkatalah
dengan jujur kerana mereka juga demikian adanya. Sekali kebohongan terbongkar,
mereka tidak akan percaya lagi pada lain kesempatan.
·
Tunjukkan
bahasa tubuh yang penuh keceriaan dan semangat.
Orang dengan golongan darah O paling suka berkomunikasi dengan mereka yang penuh semangat. Orang-orang yang tidak memiliki semangat hidup yang
baik sulit menjadi teman dekat orang golongan ini.
Kerana mereka selalu semangat sejalan dengan vitalitas yang mereka miliki.
Mereka akan dapat berkomunikasi berjam-jam dengan orang yang cocok
dan dapat mengikuti rentak bicara mereka yang sangat optimistis dan motivatif.
Sifat-sifat di atas tidak mutlak semuanya akan sama persis,
sifat manusia juga dipengaruhi dari kromosom orang tuanya,
kromosom adalah pembawa sifat keturunan, ini juga mempengaruhi
karakteristik seseorang, tidak dapat disimpulkan 100% hanya
dari golongan darah saja.
Sila klik pautan di bawah yang berkaitan dengan topik darah :
1. Darah manusia
2 Juzuk yang terkandung dalam darah
3. Perbezaan 3 jenis sel darah
4. Fungsi utama darah
5. Mekanisme pembekuan darah
6. Sistem peredaran darah
7. Peredaran darah dalam jantung
8. Perbezaan arteri vena dan kapilari-darah
Selasa, 4 Disember 2012
...Derita adik aku Part II...
Pada waktu dan tika ini kedukaan melanda bagi
Seluruh ahli keluarga aku..
Adik aku -Aishah- telah dimasukkan ke wad ICU…
Tak dapat digambarkan dengan kata-kata..
Bila melihat keadaan adik aku yang sedang kritikal pada
waktu ini…
Kami sekeluarga masih tidak dapat menerima apa yang sedang
berlaku ini…
Kesakitan..keseksaan.. yang ditangguni adik aku..
tidak dapat aku bayangakan..
Sungguh pilu hati aku bila melihat dia dalam keaadan
sebegini..
Ya Allah kau panjangkan lah umur adik aku…
Pada 28/11/2012 Umi aku call mmengatakan adik aku..
Tengah kritikal berada di dalam ICU..
Dan bila-bila masa sahaja menunggu masa untuk di oprate..
Tidak dapat aku bayangkan penderitaan yang dialaminya itu..
Pada malam nya aku bergegas pulang ke KB..
Untuk melihat adik aku sebelum dimasukkan ke dewan bedah..
Kul 4.00 pagi 29/11/12 aku sampai di hospital..
Aku ingatkan adik aku dalam kedaan sedar..
Bila aja aku dapat tahu dia dalam keadaan tidak sedarkan
diri..
Berderai air mata ini..
Dalam kul 8.15 pagi adik aku dimasukkan ke Dewan bedah..
Kami sekeluarga setia menanti dari luar..
Aku,suami aku, umi, abah, abang aku, dan dua orang adik
aku..
Opration yang dijalankan begitu lama..
Kami sekeluarga hanya mampu berdoa..
Semoga adik aku selamat semuanya…
8.15pg-6.30ptg kami dikhabarkan pembedahan selesai..
Setelah semua ahli keluarga dapat melawat adik aku
yang dalam separuh sedar selepas pembedahan..
tak sanggup aku melihat dia dalam keadaan kesakitan
sebegini..
air mata ini tidak dapat lagi di kawal..
kami sekeluarga hanya mampu berdoa..
Sehingga sekarang adik aku masih lagi berada di dalam ICU..
Dengan pembedahan yang dilakukan ke atas usus nya..
Akan membuatkan adik aku tidak lagi dapat
menjalankan rutin hariannya seperti biasa..
Doktor masih tidak jumpa penyakit adik aku ini..
Kami sekeluarga masih terkilan…
Kami sekeluarga masih memerlukan dia dalam keluarga ini..
“Ya Allah kau panjangka lah umur adik aku
Aishah…
Tabahkan hati nya,kuatkanlah semangngat nya
menghadapi ujian ini..
Kau sembuhkanlah sakit adik ku ini sepcepat
mungkin Ya Allah..
Kami sekeluarga amat menyayanginya..”
Semoga adik aku cepat sembuh…
Boleh keluar dari ICU..
Dan pulang ke rumah…
Kuatkan semangat mu melawan kesakitan itu….
Langgan:
Catatan (Atom)