Rabu, 26 Disember 2012

...Derita adik aku Part v... Perginya Tak Kembali..


Al-Fatihah buat arwah adik aku Siti Nur Aishah…

Perginya menemui ilahi pada 21/12/12…

Pada umur 19 tahun..

Semoga dia ditempakan dalam golongan

orang-orang yang beriman…

 

Pada pagi sabtu 22/12/12 setelah jenazah sampai ke rumah…

            Hanya keadaan sayu menyelubungi umah ku..

Dengan alunan surah-surah yang dibaca..

Kami sekeluraga redha dengan permergianya..

 

Hujan begitu lebat pada jam 7.00 am..

Rumah dipenuhi sanak saudara

dan jiran tetangga datang menziarahi

arwah untuk kali terakhir..

 

Selepas solat Zohor… Jenazah adik aku selamat dikebumikan …

Walaupun berat hati ketika itu…

Semua ini ketentuan ilahi..

Pada suatu hari kita semua akan kembali padaNya semua..

Hanya menanti masa dan waktu…

 

Air mata ini tidak dapat lagi ditahan..

Mengalirnya dengan pemergiaan adik aku yang masih muda…

Kami sekelurga amat menyayangi nya…

Semoga dia bersemadi disana dengan aman..

 

Disana juga kita akan kembali…

Dan disana jua kita akan bertemu nanti..

Semoga dirimu ditempatkan dalam

golongan  anak yang solehah..

....Amin....

 

 


Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi