Pada petang semalam jam 5.00 pm umi aku menelifon aku..
Mengatakan adik aku sudah dimasukkan ke dalam bilik bedah..
Suasana sayu dan pilu sangat, suara yang aku dengar..
Air mata ini terus mengalir..tidak dapat lagi menahan
kesedihan..
Sungguh pilu aku rasakan.. kerana aku tidak dapat berada
di sana..
Untuk menemani tempoh pembedahan keatas adik aku..
Aku hanya mampu berdoa dan membacakan Yasin disini
sahaja..
Semoga pembedahan yang akan dijalankan berjaya..
Semoga semuanya selamat…
Setiap kerja aku di Putrajaya tak menentu..
Hati aku begitu rungsing..
Aku tidak mahu apa-apa berlaku pada aku nanti..
Ingin saja aku pulang ke kampung..
Tapi keadaan tidak mengizinkan kerana kerja dan
cuti sudah tidak ada lagi...
Pada jam 8.35 pm.. sedang aku menunggu untuk solat
Insyak..
Suami aku menelefon aku..
Dengan berdebar aku menjawab panggilan..
Aku terus menanyakan bagaimana keadaan adik aku..?
Syukur pada Mu YaAllah.. Alhamdulillah.. pembedahan
selamat…
Tapi adik aku masih lagi dalam keadaan koma..
Dan tidak tahu bila dia akan sedar semula..
Semua bergantung pada kekuatan dirinya..
Semoga adik aku tabah dan kuat semangat
untuk menempuhi semua ini..
Semoga dia cepat sedar.. dan sihat seperti biasa..
Semoga Allah panjangkan usia adik aku Aishah..
Tak sabar untuk aku tunggu hujung minggu...
nak balik kampung tengok keadaan dia..