Rabu, 12 Disember 2012

...Derita adik aku Part III...


Pada 7/12/12 aku pulang ke kampung untuk melihat
adik aku yang sedang sakit berada di ICU..
dalam perjalanan pulang ke kampung..
dalam kul 7.15 pm.. umi aku menelifon mengatakan
adik aku sudah keluar wad ICU dan ditempatkan
di wad 28 (Wad biasa)..
Syukur Alhamdulillah lega hati aku…

Pada petang sabtu aku pergi melawat adik aku..
Dalam hati aku mungkin keadaan adik aku
sudah sihat dari sebelum ini..
setelah aku mengjenguk dia..
luluh hati ini..keadaan dia masih tetap sama..
fizikal dia teruk sangat.. badan dia begitu lemah..
disebabkan 5 hari dia tak tidur..
Ya Allah begitu berat dugaan yang kau beri untuknya..

Aku sempat bercakap dengan dia, aku mengelap
dia dengan tuala basah.. aku mengurut dia..
Hanya dia sahaja merasa kesakitan yang dialaminya itu..
Kami hanya mampu berdoa untuk kesihatan nya…
Semoga adik aku Aishah cepat sempuh…

Kami sekeluarga sedikit gembira kerana dik aku
tidak lagi menggunakan wayar untuk pernafasan..
semoga dengan penigkatan yang diberinya ini..
semakin positif…

Pada pagi ahad jam 5.00a.m ada satu no yang tak
dikenali menghubugi telifon suami aku...
dengan serta merta suami aku kejut aku dari tidur..
mengatakan adik aku tidak sedarkan diri sedang koma..
aku bergegas mengejut adik aku yang lain dari tidur untuk terus ke Hospital..

Sampai sahaja kami di hospital aku terus mendapatkan 
Umi aku menanyakan keadaan adik aku..
Keadaan suasana pilu sedang menyelubungi kami sekeluarga...
Aku terus pergi melihat adik aku..

5 orang doktor sedang mengusahakan untuk 
menyelamatkan adik aku..
disetiap katil adik aku.. penuh doktor sedang berdiri untuk 
memberi pernafasan padanya..
disebabkan 20minit jangtung adik aku stop.. 
Kami sekeluarga hanya mampu berdoa 
dan membacakan Yasin untuknya..

Aku tetap berada disamping adik aku..sehingga jam 10am..
tapi keadaan semakin kritikal...
Doktor mengambil keputusan untuk 
memasukkanya kembali ke wad ICU..

Ya Allah jika sudah tiba masanya untuk adik aku pergi 
di jemput Mu Ya Allah..
kau ambillah nyawanya dengan sempurna..
Kau jauhilah kesakitan yang ditangguninya itu..
untuk dimasukkan kembali wayar-wayar kedalam hidung,mulut..
dicucuk semua tempat badanya...
Tidak sangup aku melihat keadaan adik aku diperlaku sebegitu..

Pada jam 1.15 Pm.. adik aku ditolak masuk ke wad ICU..
Kami sekeluarga mengeringinya..
aku hanya mampu berdoa supaya dia cepat sedar dari koma..
kenapa.. ini semua berlaku...

Pada hari ini 12/12/12 adik aku sedang menuggu giliran 
untuk di oprate sekali lagi..
kami dimaklumkan doktor.. bekas perut yang dioprate sebelum ini
dipenuhi dengan nanah.. dan terpaksa dioprate untuk kali ke-2..
untuk mengelak kuman merebak ke jantung dan tempat lain..

Dalam keadaan koma tak sedarkan diri dia akan di oprate..
Hanya itu pertanyaan yang sering keluar dari mulut ini..
Aku tak sanggup jika apa-apa berlaku pada adik aku..
Semoga semunya berjalan dengan baik..
Agar pembedahan yang akan dijalankan berjaya..

"Ya Allah.. Kau Panjangkanlah umur adik aku Aishah..
Sembuhkanlah penyakitnya secepat mungkin..
Ya Alllah.. kau sedarkanlah adik aku Aishah dari koma..
Selamatkanlah pembedahan yang akan dijalankan 
kepadanya bila-bila masa nanti..
Permudahkanlah setiap urusannya Ya Allah..
Kami sekeluarga amat menyayangi dirinya... "
 -Amin Ya Rabbal Alamin-