Khamis, 20 Disember 2012

Mabuk Hamil Lagi...


Sebelum itu.. aku bersyukur sangat-sangat pada Yang Maha Esa..
Kerana telah menganugerahkan kehamilan kali ke-3
lagi pada aku dalam tahu 2012 ini. Syukur pada Mu Ya Allah..
Diatas rezeki yang kau beri..  semoga kehamilan ini…
Tidak akan berlaku lagi seperti kehamilan yang sebelum ini..

Sekali lagi aku telah hamil untuk kali ke-3 pada tahun ini..
Sekarang kehamilan aku sudah masuk 7 minggu..
Alahan yang aku dapat sama macam pertama
kali aku hamil bulan dua 2012..

Untuk kehamilan ini.. memang aku dan suami amat
memerlukanya pada tahun ini juga..
Alhamdulillah rezeki masih ada…
Aku amat gembira dengan kehamilan aku sekarang..
Kekadang terasa juga takut nya itu..
Ya lah sudah dua kali aku alami keguguran…
Itu pun dalam tahun yang sama juga…

Suami tidak mahu aku mengharap lebih-lebih sangat..
Kerana kandungan ini masih lagi awal..
Pada masa ini aku perlu rehat yang cukup
dan menjaga diri dengan sebaiknya..

Pada tika ini.. aku tengah diserang morning sickness..
nak makan semua tak lalu.. bila makan .. muntah…
Aku perlu kuatkan diri… aku amat memerlukan anak ini…

Semoga kehamilan aku kali ini sihat sepenuhnya..
Semoga Allah menjaga kehamilan aku ini sehingga
dia lahir pada bulan Ogos 2013 nanti..
Harap akan lahir penambah penyeri dalam rumahtangga aku nanti..
Insyaallah.. Hanya pada Allah mampu aku berserah...